1. Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.
2.
Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama
pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media
yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon
mereka perlu ingat untuk menukarnya.
3.
Elak daripada sering mengamalkan douching iaitu memasukkan jari atau
pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam
faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli
dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada
bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
4.
Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia
mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah
wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.
5.
Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air
sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.
6.
Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan
seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan
ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi
kencing ( urinary tract infection ).
7.
Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia
menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya
menggalakkan kuman membiak.
8.
Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami
keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian
dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.
www.pakarseksual.blogspot.com
www.pakarseksual.blogspot.com