BERAPAKAH saiz zakar yang sewajarnya bagi seseorang lelaki sejati untuk memuaskan isteri apabila sudah berkahwin kelak?
INGIN TAHU
Serdang, Selangor
Anda
perlu tahu bahawa saiz dan bentuk zakar ditentukan mengikut
keturunan,bangsa dan baka.Zakar ialah anggota kelamin untuk melakukan
hubungan seks penetratif.
Bentuk
dan saiznya berubah mengikut tahap rangsangan seksual dan paling
mustahak,ia cukup tegang untuk disalurkan ke dalam faraj.
Jika
gagal,keadaan ini dikenali sebagai disfungsi erektil atau mati
pucuk.Mengikut kajian mengenai panjang dan ukur lilit ketika zakar
ereksi,purata saiz panjang antara 12 sentimeter (sm) dan 16sm manakala
ukur lilit antara 8sm dan 11sm.
Tidak dinafikan sebilangan kecil lelaki memiliki saiz zakar besar secara luar biasa seperti 18sm dan ukur lilit 14sm.
Kesudahannya
saiz dan bentuk zakar tidak mempengaruhi kualiti hubungan seksual
antara pasangan,asalkan mereka berdua puas dengan apa yang mereka
lakukan.Malah,hubungan intim seksual boleh dilakukan walaupun tiada
penetrasi zakar faraj.
Bagaimanapun,sebilangan
lelaki sememangnya tidak cukup puas dengan saiz dan bentuk zakar mereka
serta mungkin mengalami masalah ‘body dismorphism’ yang tidak senang
dengan keadaan tubuh badan tertentu,seperti saiz dan bentuk zakar.
Untuk
mereka, lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan
perbincangan daripada berjumpa pak karut atau mencuba apa-apa dalam
laman tertentu yang boleh memudaratkan kesihatan.
Sumber : Metro
0 comments:
Post a Comment