Ketegangan atau ereksi zakar di waktu pagi dikenali sebagai Nocturnal Penile Tumescence (NPT). Ia adalah ketegangan zakar secara luar kawal apabila bangun pagi dan adakalanya berlaku pada waktu malam. Terdapat juga istilah lain yang digunakan untuk ereksi luar kawal ini seperti ‘Membina Khemah di waktu pagi’, ‘morning wood’ dan ‘morning steel’. Semuanya menunjukkan zakar tegang ketika bangun pagi.
Adakah Zakar Anda Tegang Ketika Bangun Pagi?
Lelaki normal mungkin mengalami beberapa kali ereksi luar kawal sewaktu tidur dan biasanya bertahan sehingga waktu bangun tidur. Ereksi ini berlaku ketika seseorang itu sedang tidur nyenyak iaitu pada fasa REM (Rapid Eye Movement)
Ereksi luar kawal yang berlaku waktu tidur dijadikan petunjuk bagi doktor atau pengamal perubatan untuk mengetahui punca berlakunya kegagalan ereksi sama ada disebabkan faktor fisiologi atau psikologi.
Fisiologi Atau Psikologi
Bagi lelaki yang mempunyai masalah disebabkan faktor fisiologi, seperti mempunyai masalah tekanan darah tinggi, diabetes atau jantung, mereka biasanya tidak mempunyai ereksi luar kawal waktu tidur. Ia memberikan petanda ada masalah pada sistem saraf atau pun pengaliran darah ke bahagian zakar.
Tetapi jika dia mempunyai ereksi luar kawal kadang-kadang berlaku atau berlaku sekali sekala, seseorang lelaki itu mungkin mengalami masalah disebabkan faktor psikologi seperti stress atau tekanan kehidupan.
Jadi, jika anda rasa diri anda semakin kurang mengalami ereksi zakar pada awal pagi, ia mungkin petanda anda mempunyai masalah pada fungsi saraf dan aliran darah ke bahagian zakar.
Penyelesaiannya, anda harus berjumpa dengan doktor atau pengamal perubatan yang bertauliah untuk anda mendapatkan khidmat nasihat.
Di samping itu, anda boleh mendapatkan supplement tambahan yang diluluskan oleh Kementerian untuk meningkatkan kesihatan anda. Pastikan anda mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi untuk anda kembali bertenaga.
Dapatkan produk VIXGO Men Herbs Capsule :
0 comments:
Post a Comment