Ereksi zakar lemah atau zakar kurang tegang dan kurang keras merupakan satu situasi apabila seorang lelaki tidak mampu mempertahankan ketegangan zakarnya ketika melakukan hubungan seks dengan pasangannya. Ereksi zakar lemah walaupun telah dirangsang oleh pasangannya sehingga menyebabkan zakar tidak mampu masuk ke dalam faraj pasangan dan mungkin tidak mampu meneruskan hubungan seks. Mungkin hal ini berlaku sekali sekala namun lelaki perlu ambil tindakan jika ereksi zakar lemah dan kurang keras.
Jangan Pandang Remeh Jika Ereksi Zakar Anda Lemah
Ereksi zakar lemah dialami jutaan manusia di seluruh dunia sehingga masalah ereksi zakar lemah dianggap sebagai sesuatu yang biasa dan normal. Ereksi zakar yang kuat dan tegang penting di dalam hubungan seksual. Ereksi zakar lemah adalah ereksi yang tidak cukup keras untuk memberikan rangsangan seksual yang memuaskan bagi pasangan seks selama hubungan seksual.
Anda juga mungkin pernah mengalami ereksi zakar lemah pada suatu ketika. Dan mungkin pada ketika yang lain, zakar anda tegang dan keras seperti biasa. Dan anda merasakan ia perkara biasa dan normal. Anda tidak mengambil endah dan ambil peduli tentang masalah itu. Kerana anda masih lagi boleh memberikan kepuasan kepada pasangan anda ketika melakukan hubungan seks.
Anda mungkin hanya akan mengambil peduli tentang masalah ereksi zakar anda apabila situasi ini berlarutan sehingga beberapa bulan atau zakar anda sudah tidak mampu untuk tegang lagi atau mati pucuk. Ia akan menjadi mimpi ngeri kepada anda jika tidak mengambil tindakan susulan.
Apa Yang Berlaku Pada Zakar Yang Kurang Tegang dan Lemah
Ereksi zakar yang kurang tegang dan lemah berlaku apabila terdapatnya gangguan aliran darah. Ia berlaku apabila dua arteri kecil pada zakar tidak menerima aliran darah yang cukup dari jantung dan aorta atau dengan kata lain darah terlalu lemah untuk sampai ke zakar menyebabkan zakar susah untuk tegang atau kurang tegang.
Apa Penyebab Ereksi Zakar Lemah?
Apa yang anda perlu ambil tahu adalah apa penyebab ereksi zakar lemah? Dan setelah mengetahui penyebab itu, anda perlu mengambil tindakan susulan untuk mengatasi masalah ini.
Terdapat beberapa penyebab yang boleh disenaraikan yang berkaitan dengan faktor kesihatan. Jika anda mengalami ereksi zakar lemah dan kurang tegang, anda mungkin mempunyai masalah kesihatan berikut:
- Diabetes Melitus atau Kencing Manis
- Masalah jantung/kardiovaskular
- Masalah Buah Pinggang
- Masalah prostat
- Kolesterol Tinggi
- Arterioklorosis
- Gangguan sistem saraf
- Tekanan darah tinggi
- Stroke
- Obesiti
- Kecederaan Dan lain-lain
- Tekanan Darah Tinggi Punca Ereksi Zakar Lemah atau Mati Pucuk.
Selain itu, gaya hidup juga boleh menjadi penyebab kepada ereksi zakar lemah seperti:
- Pemakanan yang tidak sihat
- Minum minuman beralkohol
- Merokok
- Salah guna ubat
- Kesan penggunaan ubat perangsang seks/ubat kuat
- Tekanan dan stress
- Kurang tidur
- Cepat Penat
Tindakan Anda Apabila Ereksi Zakar Lemah
Bagi lelaki, zakar yang tegang dan keras adalah sesuatu yang hebat. Apabila berlaku ereksi zakar yang lemah, ia memberikan amaran kepada anda untuk mengubah gaya hidup anda agar lebih sihat. Lelaki mana yang tidak mahu zakar yang tegang dan keras.
Ereksi zakar lemah menunjukkan anda mungkin menghadapi masalah kesihatan yang lain bukan hanya masalah zakar sahaja. Ini adalah petunjuk yang mudah bagi anda kerana anda sering memerhatikan zakar anda.
Anda mungkin menghadapi masalah jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan berisiko mendapat serangan jantung atau stroke. Ereksi zakar lemah membantu anda mengesan penyakit yang kronik lebih awal.
Ambil tindakan segera. Bincang dengan pasangan anda dan bertemu dengan pegawai kesihatan atau doktor untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan lanjut. Anda tidak perlu menceritakan masalah ereksi zakar anda yang lemah melainkan anda ingin melakukannya.
Sekiranya anda berkemampuan, saya sarankan anda mengambil makanan herba boleh rujuk web di bawah:
0 comments:
Post a Comment