APAKAH sebab air mani keluar ketika ingin membuang air kecil? Ketika itu perasaan dan zakar tidak berada dalam keadaan terangsang.
Zakar
seperti ingin membuang air kecil tetapi air mani yang keluar,adakah
masalah ini serius? Saya masih bujang dan sebelum ini sering melakukan
onani,namun kini menyesal dan berhenti 100 peratus melakukan perkara
itu.
Adakah
ini berlaku disebabkan perkara berkenaan?Selain itu,buah zakar sering
sakit dan berasa senak selepas zakar menegang atau selepas terangsang.
INGIN TAHU
Perak
Air
mani keluar ketika lelaki dalam klimaks dan mengalami mimpi basah.Air
mani mengandungi cecair dari pundi prostat,pundi seminal,pundi
Cowpers,pundi epididimis dan sperma.Cecair jernih yang keluar dari salur
kencing ketika meneran,selepas selesai buang air kecil atau air besar
ialah air mazi.
Cecair
ini terhasil dari pundi Cowpers dan pundi prostat dan ia keluar ketika
meneran atau mengemut.Ketika itu otot lantai pelvis mencengkam dan
secara tidak langsung ia memerah pundi Cowpers dan sebahagian dari pundi
prostat.
Cecair
ini tidak mengandungi sperma.Kadangkala air mani terkeluar ketika
lelaki dalam keadaan teruja seksual.Ketika itu banyak darah masuk ke
dalam otot zakar dan ereksi berlaku.
Pada
masa sama,pundi dalam salur kencing mula mengeluarkan cecair jernih
sebagai persediaan untuk ejakulasi.Namun ejakulasi tidak berlaku dan
ereksi mula mengendur.
Ketika
itu berlaku pengeluaran air jernih yang melekit dari salur kencing dan
ia ialah air mazi dan tidak mengandungi sperma atau benih lelaki.
Perasaan
sakit atau sengal yang berlaku kepada buah zakar ketika anda mencapai
ereksi ialah akibat kepadatan darah dalam buah zakar atau ‘testicular
congestion’.
Apabila
ereksi reda,beberapa minit kemudian kepadatan buah zakar akan lega dan
buah zakar rasa selesa. Jika kepadatan itu masih kekal, anda boleh
menuamnya dengan ais.
Ais
yang sejuk dapat melegakan kepadatan darah dalam buah zakar.Semua
perubahan yang saya jelaskan tadi boleh berlaku kepada semua lelaki dan
ia fenomena biasa dan bukan penyakit.
Sumber : Metro
1 comments:
Adakah perkara ini normal?
Post a Comment