Saya baru mendirikan rumah tangga. Yang menimbulkan kebimbangan ialah kehendak seksual ‘luar biasa’ suami saya yang gemarkan aksi ganas.Saya pula bimbang perlakuan itu akan mendatangkan kecederaan kepada zakarnya.
Selain
itu,suami kerap menyuruh saya melakukan seks oral yang ganas dan
kemudian menelan air maninya.Saya ingin tahu kesannya terhadap
kesihatan?
LYN Petaling Jaya JAWAPAN
Anggota sulit mengandungi tisu lembut dan sensitif.Ia perlu dikendalikan secara cermat ketika merangsang anggota berkenaan.
Justeru,secara logik,anggota sulit lelaki dan wanita dibentuk untuk digunakan bersama dalam hubungan seksual.
Bagi
onani,menggunakan kekerasan kepada anggota sulit boleh mengakibatkan ia
mengalami kecederaan dan kehilangan fungsinya seperti daya sensitiviti.
Sudah tentu ini akan memberi kesan negatif kepada hubungan seksual jangka panjang di kemudian hari.
Sehubungan
itu,jika hendak merangsang anggota sulit,sama ada secara sendiri atau
dilakukan pasangan untuk mengecapi keseronokan seksual,perlu dilakukan
secara lembut dengan bantuan bahan pelicin. Antaranya jeli pelicin mesra
anggota sulit.
Seks
oral yang membabitkan penggunaan lidah,mulut dan bibir untuk merangsang
anggota sulit perlu dilakukan secara cermat.Berikutan mulut mengandungi
banyak kuman,rangsangan yang dilakukan kepada anggota sulit perlu
dilakukan tanpa memberi kecederaan.
Jangan sampai anggota itu tergigit kerana ini boleh mengakibatkan anggota yang tercedera itu terdedah kepada jangkitan.
Jika
anda dan suami gemar cara seks oral dan peka dengan penjagaan
kebersihan,tiada sebab kenapa anda dan suami tidak boleh melakukannya.
Untuk
makluman anda,seks oral ditakrif sebagai seks luar tabie dan jika
tertangkap boleh dihukum mengikut undang-undang.Mengikut pandangan Islam
pula,boleh dilakukan dalam konteks perkahwinan dan kerelaan kedua-dua
pasangan.
www.pakarseksual.blogspot.com
www.pakarseksual.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment