Air Mazi Keluar Ketika Kencing




APAKAH sebab air mani keluar ketika ingin membuang air kecil? Ketika itu perasaan dan zakar tidak berada dalam keadaan terangsang.

Zakar seperti ingin membuang air kecil tetapi air mani yang keluar,adakah masalah ini serius? Saya masih bujang dan sebelum ini sering melakukan onani,namun kini menyesal dan berhenti 100 peratus melakukan perkara itu.

Adakah ini berlaku disebabkan perkara berkenaan?Selain itu,buah zakar sering sakit dan berasa senak selepas zakar menegang atau selepas terangsang.

INGIN TAHU
Perak

Air mani keluar ketika lelaki dalam klimaks dan mengalami mimpi basah.Air mani mengandungi cecair dari pundi prostat,pundi seminal,pundi Cowpers,pundi epididimis dan sperma.Cecair jernih yang keluar dari salur kencing ketika meneran,selepas selesai buang air kecil atau air besar ialah air mazi.

Cecair ini terhasil dari pundi Cowpers dan pundi prostat dan ia keluar ketika meneran atau mengemut.Ketika itu otot lantai pelvis mencengkam dan secara tidak langsung ia memerah pundi Cowpers dan sebahagian dari pundi prostat.

Cecair ini tidak mengandungi sperma.Kadangkala air mani terkeluar ketika lelaki dalam keadaan teruja seksual.Ketika itu banyak darah masuk ke dalam otot zakar dan ereksi berlaku.
Pada masa sama,pundi dalam salur kencing mula mengeluarkan cecair jernih sebagai persediaan untuk ejakulasi.Namun ejakulasi tidak berlaku dan ereksi mula mengendur.

Ketika itu berlaku pengeluaran air jernih yang melekit dari salur kencing dan ia ialah air mazi dan tidak mengandungi sperma atau benih lelaki.

Perasaan sakit atau sengal yang berlaku kepada buah zakar ketika anda mencapai ereksi ialah akibat kepadatan darah dalam buah zakar atau ‘testicular congestion’.

Apabila ereksi reda,beberapa minit kemudian kepadatan buah zakar akan lega dan buah zakar rasa selesa. Jika kepadatan itu masih kekal, anda boleh menuamnya dengan ais.

Ais yang sejuk dapat melegakan kepadatan darah dalam buah zakar.Semua perubahan yang saya jelaskan tadi boleh berlaku kepada semua lelaki dan ia fenomena biasa dan bukan penyakit.
Sumber : Metro


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUS MEMBACA...


Powered By IMuslimNetwork
Klik Support us!