Mengatasi Masalah Perut Buncit



Mengatasi Masalah Perut Buncit

Aduh!! Perut sudah buncit. Itulah..dulu tak jaga betu-betul. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah..orang lain apa saja baju yang dimahukan semuanya nampak cantik, tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali baju T labuh atau apa saja pakaian yang bersaiz XL atau lebih teruk XXL. Kalau pakai jeans pun tak muat. Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung.

Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yang tidak betul dan juga gaya hidup. Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air
 
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air. Minum lebih banyak juga menjamin fungsi hempedu berkesan untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan mengubah pengambilan air ketika diet kerana banyak bahan yang sukar dihadam dan menyebabkan perut menggelembung.

Makan Perlahan-lahan
 
Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Mengurangkan Pengambilan Garam
 
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ekstra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat
 
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pir yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-ubatan
 
Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit
 
Sembelit didefinasikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam
 
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Elakkan Mandi Selepas Waktu Malam

Perut yang buncit juga berpunca dari kegiatan mandi selepas waktu malam.



>>>> Dapatkan makanan herba kesihatan www.richberries.biz <<<<<

0 comments:

Post a Comment


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUS MEMBACA...


Powered By IMuslimNetwork
Klik Support us!