SAYA berusia 33 tahun dan sudah berkahwin beberapa tahun lalu.Sehingga kini saya masih belum dikurniakan anak.
Baru-baru ini
saya bersama isteri menjalani pemeriksaan kesuburan.Isteri saya
mempunyai tahap kesuburan normal, bagaimanapun doktor mendapati air mani
saya tidak mengandungi sperma.
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?Bolehkah doktor cadangkan cara lain bagi kami untuk mendapatkan zuriat sendiri?
APABILA
berkahwin, perkara mendapatkan zuriat sememangnya menjadi agenda
utama.Selagi isteri belum hamil,sudah tentu dua pihak rasa tertekan
terutama si isteri yang menjadi tumpuan dalam penghasilan zuriat.
Sehubungan
itu,daripada menunggu dengan penuh tanda tanya adalah lebih baik
berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.
Bagi
suami, doktor akan menjalankan ujian air mani dan isteri perlu menjalani
ujian kemampuan menghasilkan telur dan pengenalan mengenai kedudukan
rahim serta salur telur sama ada tersumbat atau bermasalah.
Jika ujian air
mani tidak menunjukkan sperma, istilah perubatan yang digunakan ialah
‘Azoospermia’. Ujian air mani perlu diulangi beberapa minggu dan jika
sudah melakukan sekurang-kurangnya tiga kali tetapi keputusannya masih
sama,ia terbukti sperma memang tiada.
Sehubungan itu,ujian susulan perlu dilakukan kepada suami untuk mengenal pasti sebab ia berlaku dan memberi rawatan sewajarnya.
Selain ujian
air mani,pemeriksaan perlu dilakukan kepada buah zakar untuk mengenal
pasti isi padunya ( mengukur buah zakar dengan alat pengukur Orkidometer
) dan meneliti sama ada terdapat apa yang luar biasa seperti
kebenjolan,angin atau air pasang atau varikosel ( pembuluh darah ven
bepintal ).
Selain
pemeriksaan,ujian hormon untuk mengenal pasti tahap hormon kesuburan dan
testosteron dijalankan untuk mengetahui sekiranya ada kekurangan atau
peningkatan.
Jika tahap
hormon tinggi bermakna ada kerosakan pada kilang buah zakar. Mungkin
sebagai cara terakhir, pembedahan kecil perlu dilakukan pada kedua-dua
buah zakar untuk mengambil secebis tisu buah zakar. Ia bertujuan untuk
mengkaji tisu bagi meneliti kilang sperma kedua-dua buah zakar sama ada
bermasalah atau sebaliknya.
Rawatan
sewajarnya akan diberikan jika masalah sebenar dikenali.Jika situasi
menjadi buntu, kemungkinan pasangan kelamin itu boleh mengambil anak
angkat.
www.panduansuamisteri.blogspot.com
www.panduansuamisteri.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment