SAYA berkahwin enam bulan lalu. Ketika bersama, suami tidak dapat mengeluarkan air mani walaupun mencapai kepuasan. Dia juga menghidap penyakit kencing manis. Adakah masalah ini berpunca daripada penyakitnya dan bolehkah kami mempunyai zuriat?
ZIRA
Selangor
Fungsi
dan tindak balas syahwat lelaki memerlukan tahap kesihatan cemerlang
iaitu sistem dan fungsi urat saraf yang baik, sistem peredaran darah atau
kardiovaskular mantap dan tubuh badan dan anggota kelamin sihat.
Ketika
lelaki klimaks, cecair daripada pundi seminal dan penghujung salur
sperma yang mengandungi sperma dan cecair daripada pundi epididimis
masuk ke dalam ruang salur kencing ke dalam pundi prostat dan terpancut
keluar dari situ dengan campuran cecair daripada pundi prostat.
Pada
peringkat pancutan, injap pundi kencing tertutup dan sistem kawalan otot
lantai pelvis menjadi lega dan pancutan terkeluar ke depan. Apabila
sistem ini tergendala, air mani itu terpancut ke dalam pundi
kencing, dikenali sebagai ‘retrograde ejaculation’ atau ejakulasi ke
belakang.
Ia berlaku apabila sistem kawalan ejakulasi tergendala akibat kerosakan saraf atau kecederaan bahagian itu.
Suami
anda menghidap penyakit kencing manis yang mungkin tidak kawalan
penyakitnya hingga mengganggu sistem saraf yang mengawal ejakulasi.
Dia
perlu mendapatkan rawatan kencing manis dengan sempurna dan rawatan
yang boleh melegakan cengkaman otot lantai pelvis ketika ejakulasi
supaya pancutan air mani dapat berlaku secara normal.
Suami
anda perlu mengenal pasti sama ada dia benar-benar mengalami masalah
ini. Air kencingnya boleh diperiksa selepas melakukan persetubuhan dan
klimaks, kemudian mengeluarkan air kencingnya untuk diperiksa sama ada
wujud sperma di dalamnya.
Jika
sah sperma ada di dalam air kencing dan doktor mahu mengasingkan sperma
daripada air kencing, doktor boleh memberi minum air campuran soda untuk
mengurangkan asid dan air kencing.
Sperma
yang dapat ditapis daripada air kencing boleh diproses sebelum
disalurkan ke dalam rahim melalui kaedah penyemaian mani IUI.
Memang
benar,penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah ini. Doktor boleh
memberi ubat untuk melegakan injap supaya ejakulasi boleh berlaku ke
depan.
Jika
gagal, ada pilihan lain untuk menapis sperma daripada air kencing untuk
disalurkan ke dalam rahim anda ketika anda subur. Anda dan pasangan
harus jumpa pakar secepat mungkin.
0 comments:
Post a Comment