1. Waktu yang ditegah (haram)
Apabila
isteri dalam keadaan sedang haid, nifas atau wiladah. Haram berjimak
dengan isteri pada ketika ini hingga kering darah itu dan telah mandi
wajib.Haram juga melakukan jimak ketika berada dalam masjid atau ketika
sedang berpuasa atau ketika dalam ihram haji. Haram juga menyetubuhi
isteri melalui duburnya.
2. Waktu yang makruh
Makruh
jimak dengan mengadap kiblat atau membelakangi kiblat atau ketika
berdiri atau bertelanjang bulat.Pastikan jimak tidak dilakukan di
hadapan anak atau boleh di lihat atau di dengari oleh anak.
3. Waktu yang sunat
Sunat
memilih hari yang baik untuk jimak iaitu pada siang atau malam Jumaat
atau malam Isnin dan Khamis.Sunat menunggu hingga isteri bersih dari
hadas kecil dan hadas besar.Disunatkan juga membasuh kemaluan bagi
sebab-sebab kebersihan dan kesihatan.
0 comments:
Post a Comment