Air Mani Suami Tak Keluar



SAYA berkahwin enam bulan lalu. Ketika bersama, suami tidak dapat mengeluarkan air mani walaupun mencapai kepuasan. Dia juga menghidap penyakit kencing manis. Adakah masalah ini berpunca daripada penyakitnya dan bolehkah kami mempunyai zuriat?

ZIRA
Selangor

Fungsi dan tindak balas syahwat lelaki memerlukan tahap kesihatan cemerlang iaitu sistem dan fungsi urat saraf yang baik, sistem peredaran darah atau kardiovaskular mantap dan tubuh badan dan anggota kelamin sihat.

Ketika lelaki klimaks, cecair daripada pundi seminal dan penghujung salur sperma yang mengandungi sperma dan cecair daripada pundi epididimis masuk ke dalam ruang salur kencing ke dalam pundi prostat dan terpancut keluar dari situ dengan campuran cecair daripada pundi prostat.

Pada peringkat pancutan, injap pundi kencing tertutup dan sistem kawalan otot lantai pelvis menjadi lega dan pancutan terkeluar ke depan. Apabila sistem ini tergendala, air mani itu terpancut ke dalam pundi kencing, dikenali sebagai ‘retrograde ejaculation’ atau ejakulasi ke belakang.

Ia berlaku apabila sistem kawalan ejakulasi tergendala akibat kerosakan saraf atau kecederaan bahagian itu.

Suami anda menghidap penyakit kencing manis yang mungkin tidak kawalan penyakitnya hingga mengganggu sistem saraf yang mengawal ejakulasi.

Dia perlu mendapatkan rawatan kencing manis dengan sempurna dan rawatan yang boleh melegakan cengkaman otot lantai pelvis ketika ejakulasi supaya pancutan air mani dapat berlaku secara normal.

Suami anda perlu mengenal pasti sama ada dia benar-benar mengalami masalah ini. Air kencingnya boleh diperiksa selepas melakukan persetubuhan dan klimaks, kemudian mengeluarkan air kencingnya untuk diperiksa sama ada wujud sperma di dalamnya.

Jika sah sperma ada di dalam air kencing dan doktor mahu mengasingkan sperma daripada air kencing, doktor boleh memberi minum air campuran soda untuk mengurangkan asid dan air kencing.

Sperma yang dapat ditapis daripada air kencing boleh diproses sebelum disalurkan ke dalam rahim melalui kaedah penyemaian mani IUI.

Memang benar,penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah ini. Doktor boleh memberi ubat untuk melegakan injap supaya ejakulasi boleh berlaku ke depan.

Jika gagal, ada pilihan lain untuk menapis sperma daripada air kencing untuk disalurkan ke dalam rahim anda ketika anda subur. Anda dan pasangan harus jumpa pakar secepat mungkin.

Waktu-Waktu Jimak Dalam Islam



Perlu diketahui adanya waktu-waktu bagi berjimak. Antara waktu-waktu yang disebutkan ialah :

1. Waktu yang ditegah (haram)

Apabila isteri dalam keadaan sedang haid, nifas atau wiladah. Haram berjimak dengan isteri pada ketika ini hingga kering darah itu dan telah mandi wajib.Haram juga melakukan jimak ketika berada dalam masjid atau ketika sedang berpuasa atau ketika dalam ihram haji. Haram juga menyetubuhi isteri melalui duburnya.

2. Waktu yang makruh

Makruh jimak dengan mengadap kiblat atau membelakangi kiblat atau ketika berdiri atau bertelanjang bulat.Pastikan jimak tidak dilakukan di hadapan anak atau boleh di lihat atau di dengari oleh anak.

3. Waktu yang sunat

Sunat memilih hari yang baik untuk jimak iaitu pada siang atau malam Jumaat atau malam Isnin dan Khamis.Sunat menunggu hingga isteri bersih dari hadas kecil dan hadas besar.Disunatkan juga membasuh kemaluan bagi sebab-sebab kebersihan dan kesihatan.

Begitulah beberapa panduan untuk memilih waktu terbaik untuk jimak. 

www.ilmuseksologi.blogspot.com


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUS MEMBACA...


Powered By IMuslimNetwork
Klik Support us!