Air Mazi Keluar Ketika Kencing




APAKAH sebab air mani keluar ketika ingin membuang air kecil? Ketika itu perasaan dan zakar tidak berada dalam keadaan terangsang.

Zakar seperti ingin membuang air kecil tetapi air mani yang keluar,adakah masalah ini serius? Saya masih bujang dan sebelum ini sering melakukan onani,namun kini menyesal dan berhenti 100 peratus melakukan perkara itu.

Adakah ini berlaku disebabkan perkara berkenaan?Selain itu,buah zakar sering sakit dan berasa senak selepas zakar menegang atau selepas terangsang.

INGIN TAHU
Perak

Air mani keluar ketika lelaki dalam klimaks dan mengalami mimpi basah.Air mani mengandungi cecair dari pundi prostat,pundi seminal,pundi Cowpers,pundi epididimis dan sperma.Cecair jernih yang keluar dari salur kencing ketika meneran,selepas selesai buang air kecil atau air besar ialah air mazi.

Cecair ini terhasil dari pundi Cowpers dan pundi prostat dan ia keluar ketika meneran atau mengemut.Ketika itu otot lantai pelvis mencengkam dan secara tidak langsung ia memerah pundi Cowpers dan sebahagian dari pundi prostat.

Cecair ini tidak mengandungi sperma.Kadangkala air mani terkeluar ketika lelaki dalam keadaan teruja seksual.Ketika itu banyak darah masuk ke dalam otot zakar dan ereksi berlaku.
Pada masa sama,pundi dalam salur kencing mula mengeluarkan cecair jernih sebagai persediaan untuk ejakulasi.Namun ejakulasi tidak berlaku dan ereksi mula mengendur.

Ketika itu berlaku pengeluaran air jernih yang melekit dari salur kencing dan ia ialah air mazi dan tidak mengandungi sperma atau benih lelaki.

Perasaan sakit atau sengal yang berlaku kepada buah zakar ketika anda mencapai ereksi ialah akibat kepadatan darah dalam buah zakar atau ‘testicular congestion’.

Apabila ereksi reda,beberapa minit kemudian kepadatan buah zakar akan lega dan buah zakar rasa selesa. Jika kepadatan itu masih kekal, anda boleh menuamnya dengan ais.

Ais yang sejuk dapat melegakan kepadatan darah dalam buah zakar.Semua perubahan yang saya jelaskan tadi boleh berlaku kepada semua lelaki dan ia fenomena biasa dan bukan penyakit.
Sumber : Metro

Panduan Penjagaan Alat Kelamin Wanita


Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang dianjurkan :

1. Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.

2. Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.

3. Elak daripada sering mengamalkan douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4. Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

5. Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.

6. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing ( urinary tract infection ).

7. Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

8. Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

www.pakarseksual.blogspot.com

Tips Koleksi Penguat Tenaga Batin




Di bawah disenaraikan antara beberapa koleksi  berdasarkan pengetahuan pengubatan bangsa melayu bagi menguatkan tenaga batin :

1. Sediakan ramuan-ramuan ini : seulas halia sebesar ibu jari,3 sudu madu lebah asli,1 gram lada hitam,1 gram lada putih,1 gram kismis kuning,1 biji telur ayam kampung diambil kuningnya saja.

Tumbuk halia,lada hitam dan lada putih sehingga lumat dan masukkan ke dalam satu bekas bersih. Campurkan bahan-bahan ini dengan ramuan  lainnya hingga sebati,amalkan makan jamu ini 2 kali sehari di waktu pagi dan petang selama 21 hari berturut.turut.

2. Makan 7 ekor bubuk jawa hidup-hidup sekali di waktu padi dan sekali di waktu petang selama 7 hari berturut-turut ( ada catatan yg menyatakan amalan ini membahayakan ).

3. Ambil 7 ulas cekur atau kencur,1 ulas bawang putih,1 gram lada hitam dan 1 sudu minyak sapi tulin. Bersihkan semua cekur itu dan tumbuk hingga lumat.Begitu juga bawang putih dan lada hitam. Campurkan semua ramuan dan gaul hingga sebati.Amalkan memakannya sebelum sarapan pagi selama 7 hari berturut-turut.

Semasa memakannya,ambi lseulas cekur yg lain dan kunyah hingga lumat.Lumurkan kunyahan cekur itu ke seluruh bahagian zakar sambil mengurutnya perlahan-lahan setiap pagi dan malam sebelum tidur. Urutan dari bahgian pangkal dan membawa ke bahagian kepala zakar dengan lembut.

4. Ambil madu lebah asli 4 sudu the,sebiji kuning telur ayam kampung dan lada hitam 5 biji.Hancurkan lada hitam itu.Makan ubat ibi di waktu pagi sebelum atau selepas sarapan.

5. Ambil 1 ekor burung merpati biasa,3 ulas bawang putih dan bawang merah,6 inci petula ular dan 1 sudu jintan manis serta lain-lain rempah sup.Giling semua bahan ini hingga mendidih,hangatkan seketika sebelum di minum untuk berikutnya.

6. Ambil 1 otak kambing dikeringkan,1 inci halia,kunyit dan lengkuas,3 ulas bawang putih. Rebus semua bahan itu hingga mendidih,hangatkan seketika sebelum diminum untuk berikutnya.

7. Sebiji telur ayam,satu sudu minyak sapid an 7 biji buah kurma iaitu bijinya yg telah ditumbuk lumat. Campurkan semua bahan ramuan dan makan setiap hari selam 10 hari berturut-turut. Paling baik makan sebelum berakhirnya waktu subuh.Boleh juga memakannya setengah jam sebelum jimak.


www.pakarseksual.blogspot.com

Tips Penjagaan Payudara




Kesihatan payudara merupakan aset yang terpenting bagi setiap wanita.Oleh itu,setiap wanita haruslah menitik-beratkan penjagaan payudara agar ia kelihatan menarik dan sempurna.

Berikut adalah beberapa tips untuk penjaggaan payudara :

1. Elakkan sabun dibahagian puting payudara

Ketika mandi,elakkan sabun daripada terkena bahagian puting.Sabun boleh menyebabkan bahagian puting payudara merekah.

2. Ramasan payudara

Jika anda sudah bersuami,elakkan suami meramas payudara dari kiri ke kanan.Ini kerana payudara boleh kendur jika berbuat demikian.

3. Coli

Pemakaian coli yang terlalu ketat adalah patut dielakkan.Kalau boleh gunalah coli yang bersesuaian dengan saiz payudara anda.

4. Sentiasa memakai coli

Ini penting agar penting bentuk payudara sentiasa kekal sempurna dengan sokongan coli.Jika tidak memakai bra,payudara akan sentiasa tergantung dan boleh berubah bentuk.

5. Air mani suami

Suami haruslah pancutkan air mani keatas payudara isteri dan sapukan dengan rata.Teknik ini dapat menegangkan payudara isteri.

6. Elakkan pembedahan

Bersyukurlah dengan payudara anda dan janganlah melakukan pembedahan semata-mata untuk membesarkan saiz payudara.keaslian payudara adalah paling penting.

7. Pemeriksaan payudara

Periksalah payudara anda sendiri untuk mencegah kanser.Perhatikan payudara anda dihapadan cermin jika terdapat ketulan atau benjolan pada payudara.

www.panduanintim.blogspot.com

Tips Menjaga Alat Sulit Lelaki...Lelaki dan Perempuan Boleh Baca..




Alat sulit lelaki atau lebih dikenali sebagai zakar merupakan organ seks yang amat bernilai bagi lelaki,. oleh itu, penjagaan zakar adalah penting bagi golongan ini agar zakar terpelihara dengan baik.Berikut adalah beberapa tips untuk penjagaan zakar yang sempurna:

1. Kurangkan memakan kepak ayam kerana kepak ayam boleh melemahkan zakar

2. Jangan meminum air sejuk sebab boleh menyumbang kepada gejala terpancut awal ketika sedang melakukan hubungan seks.

3. Elakkan memakai seluar dalam ketika tidur kerana boleh menyebabkan pengaliran darah dibahagian tersebut kurang lancar.

4. Elakkan aktiviti seperti melancap kerana boleh menyebabkan mati pucuk.

5. Jangan menggunakan seluar dalam yang terlalu sempit atau longgar kerana boleh menyebabkan ketidakselesaan.

6. Sentiasa membersihkan zakar menggunakan air selepas membuang air kecil.

7. Elakkan stress kerana lelaki yang sering stress akan menyebabkan zakar kurang tegang.

8. Jangan menggunakan seluar dalam berkali-kali tanpa basuh kerana boleh menyebabkan zakar berbau dan mudah dijangkiti bakteria.

9. Amalkan senaman yang berkala, makan makanan yang seimbang termasuk pengambilan zat tambahan yang sesuai, jaga berat badan ke tahap BMI ( Body Mass Index) yang sesuai..elakkan merokok, dadah dan minuman keras.

10. Jangan sesekali menggunakan "gambir Sarawak" semata mata-mata untuk kepuasan seks sendiri. Gambir Sarawak boleh mengakibatkan radang urat saraf alat sulit lelaki dan alahan pada alat sulit wanita/isteri.

11. Jangan seringkali pergi berurut alat sulit lelaki ( sesekali tak apa kot..) urut yang kerap akan terdedah kepada kecederaan yang boleh memaudaratkan lagi fungsinya

12. Untuk menyegarkan alat sulit lelaki, air liur boleh menyegarkan alat sulit. Imam Al-Nawawi pernah mensyorkan alat sulit lelaki perlu dijaga dan dibelai..( jangan salah belai laa pulak...!) jika lama tidak bersama isteri ianya boleh menjadi kecut dan nampak tidak bermaya.

13. Memandangkan alat sulit lelaki sangat sensitif dengan sentuhan dan mudah terangsang maka jika mahu membelai belailah dengan lemah lembut.

14. Isteri tidak digalakkan untuk menghisap alat sulit suami, kerana ini akan mengakibatkan alat sulit suami akan jadi kurang mantap...tapi kalau nak buat juga tak salah..benda halal ( suami isteri..yg belum kahwin adalah HARAM).

15. Lelaki tidak boleh kencing di dalam air..( contohnya di dalam kolam ke dll) ianya boleh mengurangkan ketegangan alat sulit lelaki..

16. Selalu lakukan "senaman rimau" pada sesiapa yang mahu melakukan hubungan seks dalam tempoh yang lama...InsyaAllah..mampu bertahan sehingga 60 minit..** ( tapi kalau isteri tak larat janganlah diteruskan...jangan pentingkan diri sendiri!!)

www.pakarintim.blogspot.com

[Tips] 5 Perkara Seksi Yang Disukai Oleh Suami Pada Isteri




Untuk kelihatan seksi dihadapan suami, ia tidaklah sesukar yang wanita selalu fikirkan. Perkara seksi yang disukai suami bukan sahaja mengenai cara pemakaian yang seksi, barangan alat solek dan sebagainya, tetapi ia mempunyai faktor lain yang mampu untuk menarik perhatian mereka. 
Mungkin ada sesetengah wanita yang masih tidak sedar mengenai perkara ini. Aku akan menyenaraikan 13 perkara seksi yang disukai suami.
  • Isteri yang menyikat atau mengusap rambut sebelum hendak tidur.
  • Waktu isteri mengejutkan mereka pada waktu pagi.
  • Isteri yang baru sahaja selesai mandi.
  • Ketika rambut isteri mereka masih kelihatan basah.
  • Suara isteri mereka apabila terjaga tidur pada waktu tengah malam. Disebabkan perkara ini ada sesetengah suami menyatakan mereka suka mengejutkan isteri mereka pada waktu tengah malam hanya untuk mendengar suara manja isteri mereka.
  • Mengusap atau bermain dengan perut isteri mereka.
  • Isteri yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas.
  • Isteri yang suka memusingkan hujung rambut mereka menggunakan jari. (ia termasuk juga tabiat-tabiat pelik yang lain seperti menggigit kuku, menyanyi didalam bilik mandi, atau sebagainya yang boleh membuatkan suami merasakan anda seorang yang comel)
  • Isteri yang berkongsi minat dengan mereka walaupun sebenarnya isteri mereka tidak berminat mengenai sesuatu aktiviti itu. Hanya melibatkan diri untuk menemani suami mereka.
  • Potongan rambut isteri yang memenuhi citarasa mereka.
  • Cara isteri mereka yang tersendiri untuk menghadapi sesuatu situasi.
  • Bau badan semulajadi isteri mereka.
  • Layanan istimewa yang isteri mereka berikan. 
 

Petua Jaga Tenaga Batin Lelaki




1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia akan mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik. Akibatnya zakar ngilu apabila bersama dengan isteri. Batang zakar harus sentiasa panas.

2. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk dan dibekukan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

3. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

4. Jangan hembus nafas ketika minum, ahan nafas. Ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika bersama isteri ( jimak ).

5. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

6. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

7. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan kemudian baharulah minum air.

8. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar

9. Jika berumur lebih 30 tahun,elakkan dari jimak lebih dari 3 kali seminggu kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

10. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

11. Jangan melakukan hubungan kelamin ketika isteri sedang haid kerana ia bukan saja haram di sisi agama Islam tetapi juga boleh mendatangkan penyakit.

12. Kurangkan dari memakan pisang Embun.

13. Elakkan amalan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

14. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar

15. Tidak digalakkan mengadakan hubungan kelamin di dalam air.

16. Selepas melakukan hubungan kelamin,rehat dulu 15 minit.Kemudian barulah minum air.

17. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

18. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

19. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung,carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

20. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yg sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar. Tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran.

21. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

22. Jangan cungkil gigi dengan kemuncut ( tangkai bunga lalang ) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

23. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

www.pakarintim.blogspot.com

Bercium Baik Untuk Kesihatan

 
 
Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit.

Apa lagi kelebihan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

Tambahan Info: KELEBIHAN BERCIUM

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.
 

Kesihatan Dalaman: Sperma Anda OK?




Kesihatan Dalaman: Sperma Anda OK?
 
Jangan abaikan tips ini yaaa:

Jangan ingat apa yang anda makan hanya memberi kesan terhadap saiz pinggang seluar sebaliknya ia juga memberi kesan terhadap kualiti sperma anda. Tentunya anda mahu kualiti sperma yang paling baik dan sihat untuk melahirkan zuriat yang hebat juga, bukan?

Menurut kajian yang dibuat oleh Human Reproduction di Amerika Syarikat, lelaki yang mengambil lebih banyak makanan bersumberkan omega-3 asid lemak seperti ikan tuna, tenggiri, salmon dan ikan sardin dikatakan mempunyai kualiti sperma yang baik berbanding lelaki yang mengambil omega-3 lemak tepu. Pengambilan lemak tepu yang banyak menjadi punca kualiti sperma menurun.

Untuk mendapatkan jantung dan badan sihat, semestinya SENAMAN adalah langkah paling UTAMA. Kajian menunjukkan bahawa bersenam setiap hari mampu mengeluarkan testosteron yang menyokong kesihatan sperma anda. Memadai anda berjoging walau sibuk sekali pun.

Anda mungkin menganggap perokok juga masih mampu mempunyai zuriat setelah melihat rakan-rakan yang merokok di sekeliling. Namun, perhatikan pasangan anda yang sememangnya merupakan perokok pasif. Meskipun pasangan anda tidak merokok tetapi menghidu asap rokok turut menutup peluang anda untuk mempunyai anak. Terdedah kepada asap rokok boleh merosakkan DNA sperma anda dan kesuburan pasangan.

Fikirkan semula jika anda gemar meletakkan komputer riba di atas paha. Keadaan ini bukan saja boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, warna kulit tidak sekata dan berbintik-binti kerana terdedah pada bahang panas dalam tempoh lama seperti yang dinyatakan oleh kumpulan penyelidik dari Switzerland yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics.

Tetapi, ia juga boleh menyebabkan skrotum anda memanas dengan cepat. Apabila suhu pada skrotum meningkat,ia sudah cukup boleh merosakkan kualiti sperma anda.

Tolak tepi segala ubat-ubatan atau rawatan-rawatan yang belum pasti keberkesanannya. Dengan mematuhi tip di atas sudah boleh memberi jaminan kehidupan dan kesihatan yang baik seumur hidup!

Ingat!!! Orang yang kuat bersenam mempunyai Sperma yang lebih bagus dari mereka yang tidak bersenam.


www.pakarintim.blogspot.com

Air Mani Suami Tak Keluar



SAYA berkahwin enam bulan lalu. Ketika bersama, suami tidak dapat mengeluarkan air mani walaupun mencapai kepuasan. Dia juga menghidap penyakit kencing manis. Adakah masalah ini berpunca daripada penyakitnya dan bolehkah kami mempunyai zuriat?

ZIRA
Selangor

Fungsi dan tindak balas syahwat lelaki memerlukan tahap kesihatan cemerlang iaitu sistem dan fungsi urat saraf yang baik, sistem peredaran darah atau kardiovaskular mantap dan tubuh badan dan anggota kelamin sihat.

Ketika lelaki klimaks, cecair daripada pundi seminal dan penghujung salur sperma yang mengandungi sperma dan cecair daripada pundi epididimis masuk ke dalam ruang salur kencing ke dalam pundi prostat dan terpancut keluar dari situ dengan campuran cecair daripada pundi prostat.

Pada peringkat pancutan, injap pundi kencing tertutup dan sistem kawalan otot lantai pelvis menjadi lega dan pancutan terkeluar ke depan. Apabila sistem ini tergendala, air mani itu terpancut ke dalam pundi kencing, dikenali sebagai ‘retrograde ejaculation’ atau ejakulasi ke belakang.

Ia berlaku apabila sistem kawalan ejakulasi tergendala akibat kerosakan saraf atau kecederaan bahagian itu.

Suami anda menghidap penyakit kencing manis yang mungkin tidak kawalan penyakitnya hingga mengganggu sistem saraf yang mengawal ejakulasi.

Dia perlu mendapatkan rawatan kencing manis dengan sempurna dan rawatan yang boleh melegakan cengkaman otot lantai pelvis ketika ejakulasi supaya pancutan air mani dapat berlaku secara normal.

Suami anda perlu mengenal pasti sama ada dia benar-benar mengalami masalah ini. Air kencingnya boleh diperiksa selepas melakukan persetubuhan dan klimaks, kemudian mengeluarkan air kencingnya untuk diperiksa sama ada wujud sperma di dalamnya.

Jika sah sperma ada di dalam air kencing dan doktor mahu mengasingkan sperma daripada air kencing, doktor boleh memberi minum air campuran soda untuk mengurangkan asid dan air kencing.

Sperma yang dapat ditapis daripada air kencing boleh diproses sebelum disalurkan ke dalam rahim melalui kaedah penyemaian mani IUI.

Memang benar,penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah ini. Doktor boleh memberi ubat untuk melegakan injap supaya ejakulasi boleh berlaku ke depan.

Jika gagal, ada pilihan lain untuk menapis sperma daripada air kencing untuk disalurkan ke dalam rahim anda ketika anda subur. Anda dan pasangan harus jumpa pakar secepat mungkin.

Waktu-Waktu Jimak Dalam Islam



Perlu diketahui adanya waktu-waktu bagi berjimak. Antara waktu-waktu yang disebutkan ialah :

1. Waktu yang ditegah (haram)

Apabila isteri dalam keadaan sedang haid, nifas atau wiladah. Haram berjimak dengan isteri pada ketika ini hingga kering darah itu dan telah mandi wajib.Haram juga melakukan jimak ketika berada dalam masjid atau ketika sedang berpuasa atau ketika dalam ihram haji. Haram juga menyetubuhi isteri melalui duburnya.

2. Waktu yang makruh

Makruh jimak dengan mengadap kiblat atau membelakangi kiblat atau ketika berdiri atau bertelanjang bulat.Pastikan jimak tidak dilakukan di hadapan anak atau boleh di lihat atau di dengari oleh anak.

3. Waktu yang sunat

Sunat memilih hari yang baik untuk jimak iaitu pada siang atau malam Jumaat atau malam Isnin dan Khamis.Sunat menunggu hingga isteri bersih dari hadas kecil dan hadas besar.Disunatkan juga membasuh kemaluan bagi sebab-sebab kebersihan dan kesihatan.

Begitulah beberapa panduan untuk memilih waktu terbaik untuk jimak. 

www.ilmuseksologi.blogspot.com

Tiada Selera Untuk Melakukan Hubungan SEKSUAL?



MENYERIKAN kebahagiaan rumah tangga adalah satu cabaran yang amat besar, lebih-lebih lagi jika pasangan suami isteri itu sudah berkahwin lebih 20 tahun.

Dalam keadaan ini,bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya pasangan terbabit sudah hilang rangsangan mengadakan hubungan kelamin,dalam bahasa mudahnya,hubungan mereka sudah mula dingin.

Boleh saja berlaku,sama ada si suami hilang ‘selera’ atau si isteri dalam keadaan sebaliknya. Apa yang penting,bagi menangani masalah ini salah seorang dari pasangan terbabit perlu mengambil inisiatif untuk memulihkan hubungan mereka.

Tidak dinafikan,menghangatkan keadaan untuk berintiman dengan pasangan bukanlah semudah yang disangka. Anda perlu pastikan, adakah pasangan anda kurang sihat? Ataupun dia letih atau tekanan (stress) ?

Semua faktor itu boleh membuatkan pasangan anda kurang minat kepada seks atau membuatkannya tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Wanita, seperti lelaki memerlukan tahap kesihatan yang sempurna untuk menikmati hubungan intim.

Jika wanita itu stress, dia tidak dapat beri tumpuan kepada hubungan intim dan dia akan layani suaminya setakat memberi kepuasan kepada suami dan bukan untuk dirinya.

Sama juga jika dia mengalami masalah kesihatan kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, masalah kolesterol tinggi, penyakit koronari dan ubat tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi, semua itu boleh mengganggu fungsi syahwatnya dan mengganggu pencapaian klimaks untuknya.

Bayangkan lelaki yang mengalami masalah kesihatan itu, dia juga akan gagal untuk mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan, wanita juga boleh mengalami masalah yang sama, tapi kegagalan untuk menghayati rangsangan atau lewat untuk mencapai rangsangan dan gagal untuk klimaks.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘mati putik’ atau ‘disfungsi seksual wanita’. Jadi cara yang baik untuk anda menangani masalah itu ialah untuk anda berbicara dengannya secara terbuka dan mencadangkannya berjumpa doktor untuk menjalani saringan kesihatan untuk mengesan masalah kesihatan supaya rawatan sewajar dapat diperoleh.

Selain itu dia perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Menjaga berat badan, mengawal makanan dan melakukan senaman secara berkala supaya daya fisikal dan stamina kukuh.

Jika dia didapati mengalami kekurangan hormon syahwat DHEA atau Testosterone, dia boleh mengamalkan suplimen yang dapat menambahkan penghasilan hormon tersebut.[Sumber : Metro]



www.pakarintim.blogspot.com

Petua Suami Isteri : Rahsia 4 Titik Sensitif Pada Tubuh Isteri







Hubungan seks berkualiti boleh sahaja diwujudkan. Mengetahui dimana kawasan-kawasan titik sensitif yang mampu merangsang pasangan menjadi salah satu triknya. Bagi isteri, cubalah lebih aktif.

Minta suami melayari kawasan sensitif yang dapat merangsang ghairah seks. Barangkali, anda tak menyedari di mana kawasan sensitif itu? Mungkin, bahagian itu berada di salah satu titik ini.

1. Kawasan di atas kemaluan

 
Pasangan boleh mencuba meneroka kawasan di atas kemaluan tempat rambut tumbuh. Pengarah Perubatan dari Pusat Pengubatan Seksual di California, Michael Krychman MD, CM,mengatakan bahawa kawasan ini dapat memberikan rasa menyenangkan pada anda jika disentuh. Untuk mendapatkan sensasi yang lebih menyenangkan, sapukan minyak botanikal yang dibuat untuk memberikan rangsangan dan efek sensitiviti. Anda tak perlu malu meminta kepada pasangan. Menurut penyelidikan di Indiana Universiti, wanita yang berfikir lebih positif ke atas tubuhnya terutama bahagian sensitif yang sangat peribadi, lebih sering mengalami orgasme.

2. Di balik lutut

 
Anda boleh kegelian jika kawasan ini disentuh. Namun, kawasan ini merupakan hot spot seksual yang hampir dilupakan. Jika disentuh dengan cara yang “betul”, bahagian ini boleh menjadi titik erotis yang mampu membangkitkan ghairah. Minta suami anda untuk mencium, memberikan urutan lembut dengan lotion, atau dengan satu gigitan lembut.

3. Perut

 
Bagi sesetengah wanita, urutan di bahagian perut dapat memberikan pengalaman erotis. Amy Levine, ahli terapi seks di New York, mengatakan bahawa dalam beberapa kes, wanita juga boleh mencapai titik kemuncak dengan senaman perut.

4. Kawasan kepala

 
Anda menikmati sensasi tertentu ketika creambath di salun, bukan? Cubalah minta suami melakukan perkara yang sama di rumah, tetapi lebih pada aktiviti seksual. Minta suami memberikan urutan lembut di kawasan tempurung otak. Kawasan ini dikelilingi saraf yang memberikan sensitiviti ketika disentuh. Beberapa pakar berkata, memberi urutan di kawasan kepala membantu melegakan ketegangan dan meningkatkan peredaran darah.

P/s : Setiap orang berbeza kan tempat ke’ghairahan’an dia kan? hehehe


www.ilmuseksologi.blogspot.com

Saiz Bukan Penentu Kepuasan


BERAPAKAH saiz zakar yang sewajarnya bagi seseorang lelaki sejati untuk memuaskan isteri apabila sudah berkahwin kelak?

INGIN TAHU
Serdang, Selangor

Anda perlu tahu bahawa saiz dan bentuk zakar ditentukan mengikut keturunan,bangsa dan baka.Zakar ialah anggota kelamin untuk melakukan hubungan seks penetratif.

Bentuk dan saiznya berubah mengikut tahap rangsangan seksual dan paling mustahak,ia cukup tegang untuk disalurkan ke dalam faraj.

Jika gagal,keadaan ini dikenali sebagai disfungsi erektil atau mati pucuk.Mengikut kajian mengenai panjang dan ukur lilit ketika zakar ereksi,purata saiz panjang antara 12 sentimeter (sm) dan 16sm manakala ukur lilit antara 8sm dan 11sm.

Tidak dinafikan sebilangan kecil lelaki memiliki saiz zakar besar secara luar biasa seperti 18sm dan ukur lilit 14sm.

Kesudahannya saiz dan bentuk zakar tidak mempengaruhi kualiti hubungan seksual antara pasangan,asalkan mereka berdua puas dengan apa yang mereka lakukan.Malah,hubungan intim seksual boleh dilakukan walaupun tiada penetrasi zakar faraj.

Bagaimanapun,sebilangan lelaki sememangnya tidak cukup puas dengan saiz dan bentuk zakar mereka serta mungkin mengalami masalah ‘body dismorphism’ yang tidak senang dengan keadaan tubuh badan tertentu,seperti saiz dan bentuk zakar.

Untuk mereka, lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan perbincangan daripada berjumpa pak karut atau mencuba apa-apa dalam laman tertentu yang boleh memudaratkan kesihatan.
Sumber : Metro

Panduan Berjimak Menurut Islam



1. Berjimak pada malam Isnin

Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa

Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya ( turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin.Mulutnya berbau harum,yang akan melembutkan hati orang,bersih lidahnya daripada mengumpat,berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis

Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit


Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat


Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah

6. Hari Jumaat selepas asar

Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal,masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir

Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan
Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Gaya Memecah Dara Malam Pertama


Sebagai pembuka tirai, malam pertama merupakan detik yang dinanti-nantikan, terutama pada pengantin lelaki. Namun, keghairahan ini mungkin tidak dikongsi bersama oleh pengantin perempuan. Perasaan segan dan takut pada kesakitan pecah dara sering menyelubungi pengantin perempuan.

Pengalaman malam pertama tidak semestinya sempurna. Namun, dengan persediaan rapi dari segi mental dan fizikal, pasangan pengantin baru akan dapat menikmati persetubuhan pertama dengan penuh kepuasan.

Cara Bersetubuh Malam Pertama – Persediaan


Banyak pasangan pengantin tidak bersedia untuk persetubuhan malam pertama. Senggama sebaik-baiknya dilakukan dalam keadaan selesa dan tidak tertekan. Jika suami atau isteri terlalu letih selepas sehari suntuk kesibukan dengan pelbagai upacara persandingan, maka pretasi dan kepuasan seks akan tergugat. Dalam keadaan demikian, kenapa tidak rehat dahulu dan tunggu sehingga keesokannya untuk memecah dara.

Jika kedua-dua pengantin baru masih bertenaga, maka persetubuhan pertama boleh dimulakan. Pastikan pintu bilik sudah terkunci dan para tetamu sudah meninggalkan rumah. Sediakan pelincir persetubuhan sebagai standby bagi mengurangkan kesakitan isteri jika faraj kekeringan.

Cara Bersetubuh Malam Pertama – Merangsang Isteri


Ransangan yang mencukupi untuk isteri amat penting untuk persetubuhan malam pertama. Apabila isteri teransang, saluran faraj akan dibasahi cecair pelincir. Ini penting untuk kemasukan zakar ke faraj dan mengurangkan kesakitan ketika pecah dara.

Ransangan kepada isteri boleh dilakukan dengan menggunakkan jari untuk meraba bibir faraj dan kelentit. Rabaan ini boleh dilakukan dengan lemah lembut supaya tidak menyakitkan isteri. Jangan cuba memasukkan jari ke dalam faraj pada peringkat ini.

Suami yang lebih adventurous boleh memberi oral seks kepada isteri dengan menguncup bibir faraj dan kelentit. Bibir dan lidah yang lembut sangat berkesan untuk merangsang pintu faraj isteri. Teruskan proses ini sehingga bukaan faraj isteri kebasahan.

Cara Bersetubuh Malam Pertama – Merangsang Suami


Pengantin Perempuan pula boleh meraba dan melancap zakar suami untuk merangsang suami. Biasanya, rangsangan visual dari badan bogel isteri sudah cukup untuk merangsang suami pada malam pertama. Bagaimanapun, ada juga kemungkinan zakar suami tidak tegang pada malam pertama kerana nervous dan terlampau cemas. Jika itu berlaku, cubalah meraba zakar suami dan melancap untuk suami. Si suami harus berhati hati dan memberitahu si isteri untuk berhenti melancap zakar jika terasa ingin memancut. Jangan sampai pula terpancut sebelum persetubuhan dimulakan.

Cara Bersetubuh – Posisi Seks


Mungkin kedengaran aneh, tetapi cara bersetubuh yang paling baik bagi malam pertama ialah posisi duduk berpelukan. Posisi seks ini amat intim dan boleh mengurangkan kesakitan pengantin perempuan.

Cara bersetubuh ini bermula dengan suami duduk di atas katil. Isteri pula melutut duduk di atas paha suami sambil melutut. Dalam posisi seks ini, kedua-dua pasangan boleh berpelukan dan bercumbu-cumbuan.

Apabila bersedia, suami boleh mengangkat punggung isteri untuk menyarungkan lubang faraj ke zakar. Dengan perlahan lahan, si isteri boleh menekan bibir faraj ke atas zakar. Kelebihan cara bersetubuh ini ialah si isteri dapat mengawal kemasukan zakar bagi mengurangkan kesakitan semasa pecah dara.

Pada masa sama, suami pula boleh menolak punggung isteri ke bawah untuk menggalakkan kemasukan. Apabila selaput dara sudah pecah, si isteri masih dapat mengawal rentak dan tusukan zakar mengikut keselesaannya.

Cara Bersetubuh Malam Pertama

Demikianlah cara bersetubuh malam pertama. Banyak debaran, banyak penantian dan banyak yang mungkin tidak sempurna. Jangan khuatir, seperti mana skil yang lain, cara bersetubuh boleh diperbaiki dan diperlajari dari pengalaman. Nikmat dan kepuasan seks penting untuk kebahagiaan perkahwinan. Lebih banyak cara bersetubuh akan disajikan di blog ini untuk tatapan dan rujukan para pembaca. Bookmark laman ini dan keraplah kembali ke sini.


www.ilmuseksologi.blogspot.com

6 Cara Pikat Suami Supaya Terus Sayang


Rutin dan amalan ketika bercinta-cinta dulu haruslah kita kekalkan sehingga telahpun berkahwin. Ini dapat menjamin hubungan saling kasih-mengasihi agar ia terus mekar berbunga hingga ke akhir hayat korang berdua.

Berikut dikongsikan bersama kalian 6 cara yang berkesan dan mudah untuk kalian amalkan sebagai seorang isteri.

Cara 1: Lakukan aktiviti kegemarannya bersama

Mungkin anda berdua mempunyai minat dan hobi yang berlainan.Tidak perlu pada setiap masa atau mengambil masa yang lama. Cuba lakukan aktiviti kegemaran suami anda bersama-sama bagi mewujudkan satu suasana yang harmoni diantara anda berdua.
Perkara ini juga dapat menunjukkan bahawa anda seorang isteri yang mengambil berat dan prihatin terhadap perasaan dan gaya hidup suami tercinta anda.

Cara 2: “Ikat dan tambat” perut dia

Anda perlu tambat perut suami anda dengan masakan. Tak perlu anda menjadi seperti chef yang berkerja di hotel 5 bintang. Cukup sekadar anda masak makanan di rumah dengan air tangan anda sendiri. Yang penting, ianya boleh membuatkan suami anda terus berselera dan kenyang makan masakan anda di rumah. Ini mampu menambahkan lagi rasa sayang suami anda kepada anda. Mereka akan menghargai pengorbanan anda dalam memastikan diri mereka sentiasa kenyang.

Tak pandai memasak? Usah risau, laburkan wang anda untuk menghadiri kursus masakan yang sekarang banyak boleh didapati bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ di kawasan rumah anda tu atau di pusat-pusat bandar.

Cara 3: Luahkan kata-kata cinta

Jangan berat mulut untuk anda yang memulakan lafaz kata-kata cinta seperti “I love you”, “Saya sayang awak” dan sebagainya. Amalan ini patut anda teruskan walaupun anda sudah berkahwin. Kata-kata ini juga haruslah ikhlas dari hati dan pastikan anda luahkan pada waktu-waktu yang sesuai ye.
 
 Cara 4: Pujuk dengan sepenuh hati anda

Hubungan suami-isteri tidak akan lari daripada perselisihan faham. Jika anda berdua terlibat dengan pergaduhan, cuba untuk pujuk semula suami anda. Jika selama ini anda memang suka dipujuk, apa kata sekali-sekala anda pula yang pujuk dia. Pasti suami anda akan “cair” dengan anda.

Cara 5: Gunakan panggilan manja

Bila anda dah berumahtangga, anda boleh panggil diantara satu sama lain dengan panggilan yang lebih manja bagi mengeratkan lagi ikatan kasih sayang anda. Anda boleh panggil dia baby, sayang, honey, papa atau bucuk. Ini boleh membezakan tahap hubungan anda berbanding hanya sepasang kekasih ketika bercinta.
 
Cara 6: Ringan-ringankan tangan untuk mengurut dia

Setelah suami anda pulang dari tempat kerja, anda boleh tawarkan diri untuk mengurut-urut dia. Ini boleh melegakan rasa letih dan tekanan suami anda dipejabat. Urut lah dengan penuh kelembutan. Kemudian, bolehlah anda berdua teruskan aksi yang seterusnya di dalam kamar beradu anda.

www.pakarintim.blogspot.com

Cara Pakai Kondom


1. Pasanglah kondom secara perlahan-lahan saat zakar sudah berereksi,sebelum penis menyentuh daerah vagina pasangan.Pemasangan harus menyelubungi penis sampai ke pangkal.

2. Jika kondom yang digunakan tidak mempunyai ruang penampung di hujungnya, tariklah sekitar satu sentimeter agar air mani tertampung di sana.Hindari juga udara tersimpan dalam ruang kosong ini agar kondomnya tidak pecah.

3. Supaya kegiatan bercinta terasa lebih enak,sapukankan sedikit pelincir berupa air di hujung kondom sebelum memasangnya.

4. Pegang cincin kondom, lalu selimuti hingga ke hujung zakar.Apabila Anda belum disunat,tarik kulup penis ke pangkal penis sebelum kondom terpasang.

5. Bila kondom tersebut dirasakan bocor,hentikan kegiatan seks anda segera.Tarik penis dan ganti dengan kondom yang baru.Selepas ejakulasi,cepat tarik penis sebelum "layu" supaya air mani tidak tumpah. Lakukan dengan mencepit pangkal kondom agar tidak tertinggal di vagina kerana kelicinannya.

6. Kemudian bungkuslah kondom dengan tisu dan buang ke tempat sampah.Cuci tangan bersih-bersih

7. Jangan sesekali mencuci kondom dan menggunakannya kembali.Ingat, kondom hanya untuk digunakan sekali pakai sahaja

www.pakarintim.blogspot.com

Risau Air Mani Tiada Sperma




SAYA berusia 33 tahun dan sudah berkahwin beberapa tahun lalu.Sehingga kini saya masih belum dikurniakan anak.

Baru-baru ini saya bersama isteri menjalani pemeriksaan kesuburan.Isteri saya mempunyai tahap kesuburan normal, bagaimanapun doktor mendapati air mani saya tidak mengandungi sperma.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?Bolehkah doktor cadangkan cara lain bagi kami untuk mendapatkan zuriat sendiri?

APABILA berkahwin, perkara mendapatkan zuriat sememangnya menjadi agenda utama.Selagi isteri belum hamil,sudah tentu dua pihak rasa tertekan terutama si isteri yang menjadi tumpuan dalam penghasilan zuriat.

Sehubungan itu,daripada menunggu dengan penuh tanda tanya adalah lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.

Bagi suami, doktor akan menjalankan ujian air mani dan isteri perlu menjalani ujian kemampuan menghasilkan telur dan pengenalan mengenai kedudukan rahim serta salur telur sama ada tersumbat atau bermasalah.

Jika ujian air mani tidak menunjukkan sperma, istilah perubatan yang digunakan ialah ‘Azoospermia’. Ujian air mani perlu diulangi beberapa minggu dan jika sudah melakukan sekurang-kurangnya tiga kali tetapi keputusannya masih sama,ia terbukti sperma memang tiada.

Sehubungan itu,ujian susulan perlu dilakukan kepada suami untuk mengenal pasti sebab ia berlaku dan memberi rawatan sewajarnya.

Selain ujian air mani,pemeriksaan perlu dilakukan kepada buah zakar untuk mengenal pasti isi padunya ( mengukur buah zakar dengan alat pengukur Orkidometer ) dan meneliti sama ada terdapat apa yang luar biasa seperti kebenjolan,angin atau air pasang atau varikosel ( pembuluh darah ven bepintal ).

Selain pemeriksaan,ujian hormon untuk mengenal pasti tahap hormon kesuburan dan testosteron dijalankan untuk mengetahui sekiranya ada kekurangan atau peningkatan.

Jika tahap hormon tinggi bermakna ada kerosakan pada kilang buah zakar. Mungkin sebagai cara terakhir, pembedahan kecil perlu dilakukan pada kedua-dua buah zakar untuk mengambil secebis tisu buah zakar. Ia bertujuan untuk mengkaji tisu bagi meneliti kilang sperma kedua-dua buah zakar sama ada bermasalah atau sebaliknya.

Rawatan sewajarnya akan diberikan jika masalah sebenar dikenali.Jika situasi menjadi buntu, kemungkinan pasangan kelamin itu boleh mengambil anak angkat.

www.panduansuamisteri.blogspot.com


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUS MEMBACA...


Powered By IMuslimNetwork
Klik Support us!