Isteri Perlu Puas Ketika Jimak



Dalam perkahwinan antara suami isteri terdapat unsur seksual yang menjadi landasan rumahtangga. Ertinya suatu perkahwinan akan menjadi bermakna apabila kehidupan seksual suami isteri berjalan dengan baik. Meskipun ada unsur-unsur lain yang mendorong terciptanya rumah tangga yang harmoni seperti ekonomi, namun faktor seksual adalah yang paling menonjol. Kegagalan suami ataupun isteri di dalam menjalankan tugas seksual mengakibatkan retaknya hubungan antara keduanya dan berakhir dengan tekanan dan stres.

Di dalam melakukan jimak suami hendaklah mengikut tuntunan sunnah sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah SAW. Jika para suami mengikutinya maka tidak akan timbul isteri tidak puas dalam menikmati hubungan jimak, seandainya suami mengabaikan kehendak dan kepuasan isteri maka suamipun tergolong berdosa sebab tidak memenuhi fitrah keisanan isteri dengan sempurna. Itulah sebabnya Rasulullah SAW menganjurkan kepada para suami sebelum mengadakan jimak agar berwuduk terlebih dahulu agar tubuh merasa segar dan cergas. Kemudian baginda menyuruh memakai wangi-wangian agar keghairahan dan semangat berjimak sentiasa membara.

Setelah itu Rasulullah SAW menganjurkan kepada suami sebelum berjimak hendaklah melakukan cumbu rayu terlebih dahulu, setelah kepuasan cumbu raya mencapai puncaknya barulah dilakukan jimak. Kemudian Rasulullah mengajarkan kepada para suami, jika terlebih dahulu mencapai hajatnya sedangkan isterinya belum, maka isteri dapat menyuruh suaminya agar jangan mencabutnya terlebih dahulu. Dalam keadaan demikian isteri boleh aktif dan suami boleh membantu isterinya untuk mencapai tahap orgasma.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu menggauli isterinya hendaklah ia mengerjakannya dengan bersungguh-sungguh. Maka apabila ia selesai janganlah ia cepat-cepat meninggalkan isterinya sehingga isterinya menyelesaikan hajatnya juga”.

Diantara panduan lain agar suami dapat menikmati orgasm secara bersama adalah, bagi suami yang menyedari bahawa dirinya cepat keluar mani, hendaklah ia berusaha melambatkan keluar mani dengan cara mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara lain. Sedangkan di pihak isteri harus berusaha dengan sungguh-sungguh agar cepat sampai ke tahap orgasma. Apabila diketahui isteri sudah mencapai orgasma (kepuasan) barulah suami memusatkan perhatian dengan sepenuhnya. Dengan cara demikian insya Allah isteri tidak akan sentiasa kecewa.

Jika suami termasuk jenis orang yang terburu-buru, maka isteri hendaklah memberitahukan kepadanya agar tidak terburu-buru memasukkan zakarnya sampai isteri betul-betul memuncak nafsu berahinya. Isteri hendaklah menyuruh suaminya mencumbu dan menciumnya dengan masa yang lama dengan cara itu dapat menolong mempercepat isteri mencapai orgasma. Kemudian isteri harus mengerti keadaan suami yang tidak tahan lama dan cepat selesai itu. Dengan demikian isteri hendaklah berusaha agar dirinya cepat mencapai kepuasan, dan berusaha untuk serentak dengan suami agar kenikmatan sentiasa dinikmati bersama.

Sebetulnya antara suami dan isteri hendaklah memahami sunnah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW di dalam melakukan hubungan antara suami dan isteri dengan demikian insya Allah kenikmatan berjimak akan dirasakan secara bersama. Yang paling penting kerjasama dan saling pengertian antara suami isteri perlu diwujudkan barulah kebahagian dapat nikmati.


Sumber: www.rahsiarumahtangga.com

www.vixgooriginal.com

Tips Meningkatkan Kesihatan Zakar Secara Semula Jadi



Apabila anda membicarakan tentang kesihatan lelaki, topik yang sering dibincangkan adalah tentang kesihatan zakar. Zakar yang tegang, keras, panjang, tahan lama dan macam-macam lagi kriteria yang menjadi idaman lelaki. Pelbagai cara dilakukan oleh lelaki untuk meningkatkan kesihatan zakar secara semula jadi atau pun melalui cara yang pelbagai pada zaman kini.

Apa yang perlu anda tahu tentang masalah kesihatan Zakar


Antara masalah yang berlaku ke atas zakar anda adalah kurang tegang atau kurang keras atau disebut juga sebagai ereksi zakar lemah. Banyak faktor yang menjadikan zakar anda kurang tegang. Antaranya faktor kesihatan atau fisiologi dan faktor emosi atau psikologi.

Jika anda mengalami masalah ereksi zakar lemah atau kurang tegang ketika bersama isteri anda, terdapat satu petanda yang mudah untuk anda mengetahui penyebab atau faktor masalah anda.

Ereksi Luar Kawal waktu tidur dijadikan petanda terhadap masalah anda. Zakar lelaki normal akan tegang beberapa kali sewaktu tidur dan mungkin berkekalan sehingga anda bangun tidur.

Jika anda bangun pagi di dalam keadaan zakar anda tegang, anda mungkin mempunyai masalah dari sudut psikologi seperti stress atau emosi yang tidak stabil.

Dan jika anda tidak mempunyai ereksi luar kawal ketika tidur, anda mungkin mempunyai masalah fisiologi sama ada anda mempunyai masalah jantung, diabetes, gangguan sistem saraf atau kesan akibat pengambilan ubat-ubatan.

Tips Meningkatkan Kesihatan Zakar Secara Semula Jadi


Jika anda mengalami masalah ereksi zakar yang lemah, anda tidak perlu risau kerana anda boleh mengatasinya dengan pelbagai cara. Cara yang paling mudah adalah secara semula jadi. Anda hanya perlu ubah gaya hidup anda supaya kekal sihat dan cergas:

Makan Makanan Yang Seimbang.

Ini adalah sesuatu yang wajib diambil perhatian. Pastikan setiap hidangan yang anda makan memberikan khasiat yang menyeluruh untuk kesihatan anda terutamanya untuk jantung. Elakkan makanan yang meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL), kekalkan paras gula normal dan pilih makanan yang meningkatkan aliran darah ke zakar seperti bawang putih atau madu.

Ini adalah cara yang terbaik untuk anda meningkatkan kesihatan zakar anda. Dan bukan hanya zakar anda yang sihat tetapi tubuh anda secara keseluruhannya.

TAHUKAH ANDA: Pengambilan bawang putih membantu mengekalkan kesihatan zakar secara semula jadi. Ia membantu pengaliran darah yang normal ke bahagian zakar ketika ereksi zakar berlaku. Sangat membantu mereka yang menghidap tekanan darah tinggi dan ereksi zakar yang lemah atau mati pucuk.

Tidur Dan Rehat Yang Cukup.

Pastikan anda tidur dengan cukup agar psikologi atau emosi anda stabil. Kurang tidur akan mengganggu fungsi tubuh anda.

Senaman Secara Berkala

Melakukan aktiviti riadah secara berkala memberikan anda kecergasan yang berganda. Amalkan beberapa senaman atau petua yang diajar oleh orang lama untuk meningkatkan aliran darah dalam tubuh anda.

Hindarkan Merokok Dan Minuman Beralkohol

Telah banyak kajian yang menunjukkan pengambilan kedua-dua bahan ini menyebabkan zakar anda lemah.

Menjaga Emosi dan Urus Stress Dengan Baik

Stress adalah faktor psikologi yang menyebabkan ereksi zakar anda terganggu. Urus stress anda sama ada melalui pemakanan yang sihat atau melalui cara mendekatkan diri kepada Allah.


Jika anda mengalami masalah ereksi zakar yang lemah, cari puncanya terlebih dahulu. Anda boleh bertemu dengan pegawai perubatan untuk membantu menyelesaikan masalah anda. Tips-tips di atas boleh membantu anda menyelesaikan masalah ereksi anda, tetapi janganlah mengharapkan kesan yang segera. Mungkin ia mengambil masa yang panjang. Jangan berputus asa dan teruskan usaha.

Semoga bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan zakar anda.

Salah satu cadangan pemakanan yang sihat untuk memulihkan zakar anda adalah:

Lelaki Perlu Ambil Tindakan Jika Ereksi Zakar Lemah



Ereksi zakar lemah atau zakar kurang tegang dan kurang keras merupakan satu situasi apabila seorang lelaki tidak mampu mempertahankan ketegangan zakarnya ketika melakukan hubungan seks dengan pasangannya. Ereksi zakar lemah walaupun telah dirangsang oleh pasangannya sehingga menyebabkan zakar tidak mampu masuk ke dalam faraj pasangan dan mungkin tidak mampu meneruskan hubungan seks. Mungkin hal ini berlaku sekali sekala namun lelaki perlu ambil tindakan jika ereksi zakar lemah dan kurang keras.

Jangan Pandang Remeh Jika Ereksi Zakar Anda Lemah


Ereksi zakar lemah dialami jutaan manusia di seluruh dunia sehingga masalah ereksi zakar lemah dianggap sebagai sesuatu yang biasa dan normal. Ereksi zakar yang kuat dan tegang penting di dalam hubungan seksual. Ereksi zakar lemah adalah ereksi yang tidak cukup keras untuk memberikan rangsangan seksual yang memuaskan bagi pasangan seks selama hubungan seksual.

Anda juga mungkin pernah mengalami ereksi zakar lemah pada suatu ketika. Dan mungkin pada ketika yang lain, zakar anda tegang dan keras seperti biasa. Dan anda merasakan ia perkara biasa dan normal. Anda tidak mengambil endah dan ambil peduli tentang masalah itu. Kerana anda masih lagi boleh memberikan kepuasan kepada pasangan anda ketika melakukan hubungan seks.

Anda mungkin hanya akan mengambil peduli tentang masalah ereksi zakar anda apabila situasi ini berlarutan sehingga beberapa bulan atau zakar anda sudah tidak mampu untuk tegang lagi atau mati pucuk. Ia akan menjadi mimpi ngeri kepada anda jika tidak mengambil tindakan susulan.

Apa Yang Berlaku Pada Zakar Yang Kurang Tegang dan Lemah


Ereksi zakar yang kurang tegang dan lemah berlaku apabila terdapatnya gangguan aliran darah. Ia berlaku apabila dua arteri kecil pada zakar tidak menerima aliran darah yang cukup dari jantung dan aorta atau dengan kata lain darah terlalu lemah untuk sampai ke zakar menyebabkan zakar susah untuk tegang atau kurang tegang.

Apa Penyebab Ereksi Zakar Lemah?


Apa yang anda perlu ambil tahu adalah apa penyebab ereksi zakar lemah? Dan setelah mengetahui penyebab itu, anda perlu mengambil tindakan susulan untuk mengatasi masalah ini.

Terdapat beberapa penyebab yang boleh disenaraikan yang berkaitan dengan faktor kesihatan. Jika anda mengalami ereksi zakar lemah dan kurang tegang, anda mungkin mempunyai masalah kesihatan berikut:

  • Diabetes Melitus atau Kencing Manis 
  • Masalah jantung/kardiovaskular
  • Masalah Buah Pinggang 
  • Masalah prostat 
  • Kolesterol Tinggi
  • Arterioklorosis 
  • Gangguan sistem saraf 
  • Tekanan darah tinggi 
  • Stroke 
  • Obesiti 
  • Kecederaan Dan lain-lain
  • Tekanan Darah Tinggi Punca Ereksi Zakar Lemah atau Mati Pucuk.

Selain itu, gaya hidup juga boleh menjadi penyebab kepada ereksi zakar lemah seperti:

  • Pemakanan yang tidak sihat 
  • Minum minuman beralkohol
  • Merokok 
  • Salah guna ubat 
  • Kesan penggunaan ubat perangsang seks/ubat kuat 
  • Tekanan dan stress 
  • Kurang tidur
  • Cepat Penat

Tindakan Anda Apabila Ereksi Zakar Lemah


Bagi lelaki, zakar yang tegang dan keras adalah sesuatu yang hebat. Apabila berlaku ereksi zakar yang lemah, ia memberikan amaran kepada anda untuk mengubah gaya hidup anda agar lebih sihat. Lelaki mana yang tidak mahu zakar yang tegang dan keras.

Ereksi zakar lemah menunjukkan anda mungkin menghadapi masalah kesihatan yang lain bukan hanya masalah zakar sahaja. Ini adalah petunjuk yang mudah bagi anda kerana anda sering memerhatikan zakar anda.

Anda mungkin menghadapi masalah jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan berisiko mendapat serangan jantung atau stroke. Ereksi zakar lemah membantu anda mengesan penyakit yang kronik lebih awal. 

Ambil tindakan segera. Bincang dengan pasangan anda dan bertemu dengan pegawai kesihatan atau doktor untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan lanjut. Anda tidak perlu menceritakan masalah ereksi zakar anda yang lemah melainkan anda ingin melakukannya.

Sekiranya anda berkemampuan, saya sarankan anda mengambil makanan herba boleh rujuk web di bawah:

Mengatasi Masalah Perut Buncit



Mengatasi Masalah Perut Buncit

Aduh!! Perut sudah buncit. Itulah..dulu tak jaga betu-betul. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah..orang lain apa saja baju yang dimahukan semuanya nampak cantik, tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali baju T labuh atau apa saja pakaian yang bersaiz XL atau lebih teruk XXL. Kalau pakai jeans pun tak muat. Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung.

Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yang tidak betul dan juga gaya hidup. Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air
 
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air. Minum lebih banyak juga menjamin fungsi hempedu berkesan untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan mengubah pengambilan air ketika diet kerana banyak bahan yang sukar dihadam dan menyebabkan perut menggelembung.

Makan Perlahan-lahan
 
Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Mengurangkan Pengambilan Garam
 
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ekstra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat
 
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pir yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-ubatan
 
Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit
 
Sembelit didefinasikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam
 
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah di mana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Elakkan Mandi Selepas Waktu Malam

Perut yang buncit juga berpunca dari kegiatan mandi selepas waktu malam.



>>>> Dapatkan makanan herba kesihatan www.richberries.biz <<<<<

Zakar Tegang Ketika Bangun Pagi



Ketegangan atau ereksi zakar di waktu pagi dikenali sebagai Nocturnal Penile Tumescence (NPT). Ia adalah ketegangan zakar secara luar kawal apabila bangun pagi dan adakalanya berlaku pada waktu malam. Terdapat juga istilah lain yang digunakan untuk ereksi luar kawal ini seperti ‘Membina Khemah di waktu pagi’, ‘morning wood’ dan ‘morning steel’. Semuanya menunjukkan zakar tegang ketika bangun pagi.

Adakah Zakar Anda Tegang Ketika Bangun Pagi?


Lelaki normal mungkin mengalami beberapa kali ereksi luar kawal sewaktu tidur dan biasanya bertahan sehingga waktu bangun tidur. Ereksi ini berlaku ketika seseorang itu sedang tidur nyenyak iaitu pada fasa REM (Rapid Eye Movement)

Ereksi luar kawal yang berlaku waktu tidur dijadikan petunjuk bagi doktor atau pengamal perubatan untuk mengetahui punca berlakunya kegagalan ereksi sama ada disebabkan faktor fisiologi atau psikologi.


Fisiologi Atau Psikologi


Bagi lelaki yang mempunyai masalah disebabkan faktor fisiologi, seperti mempunyai masalah tekanan darah tinggi, diabetes atau jantung, mereka biasanya tidak mempunyai ereksi luar kawal waktu tidur. Ia memberikan petanda ada masalah pada sistem saraf atau pun pengaliran darah ke bahagian zakar.

Tetapi jika dia mempunyai ereksi luar kawal kadang-kadang berlaku atau berlaku sekali sekala, seseorang lelaki itu mungkin mengalami masalah disebabkan faktor psikologi seperti stress atau tekanan kehidupan.

Jadi, jika anda rasa diri anda semakin kurang mengalami ereksi zakar pada awal pagi, ia mungkin petanda anda mempunyai masalah pada fungsi saraf dan aliran darah ke bahagian zakar.

Penyelesaiannya, anda harus berjumpa dengan doktor atau pengamal perubatan yang bertauliah untuk anda mendapatkan khidmat nasihat.





Di samping itu, anda boleh mendapatkan supplement tambahan yang diluluskan oleh Kementerian untuk meningkatkan kesihatan anda. Pastikan anda mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi untuk anda kembali bertenaga.




Dapatkan produk VIXGO Men Herbs Capsule : 


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUS MEMBACA...


Powered By IMuslimNetwork
Klik Support us!