Air Mani Suami Tak Keluar



SAYA berkahwin enam bulan lalu. Ketika bersama, suami tidak dapat mengeluarkan air mani walaupun mencapai kepuasan. Dia juga menghidap penyakit kencing manis. Adakah masalah ini berpunca daripada penyakitnya dan bolehkah kami mempunyai zuriat?

ZIRA
Selangor

Fungsi dan tindak balas syahwat lelaki memerlukan tahap kesihatan cemerlang iaitu sistem dan fungsi urat saraf yang baik, sistem peredaran darah atau kardiovaskular mantap dan tubuh badan dan anggota kelamin sihat.

Ketika lelaki klimaks, cecair daripada pundi seminal dan penghujung salur sperma yang mengandungi sperma dan cecair daripada pundi epididimis masuk ke dalam ruang salur kencing ke dalam pundi prostat dan terpancut keluar dari situ dengan campuran cecair daripada pundi prostat.

Pada peringkat pancutan, injap pundi kencing tertutup dan sistem kawalan otot lantai pelvis menjadi lega dan pancutan terkeluar ke depan. Apabila sistem ini tergendala, air mani itu terpancut ke dalam pundi kencing, dikenali sebagai ‘retrograde ejaculation’ atau ejakulasi ke belakang.

Ia berlaku apabila sistem kawalan ejakulasi tergendala akibat kerosakan saraf atau kecederaan bahagian itu.

Suami anda menghidap penyakit kencing manis yang mungkin tidak kawalan penyakitnya hingga mengganggu sistem saraf yang mengawal ejakulasi.

Dia perlu mendapatkan rawatan kencing manis dengan sempurna dan rawatan yang boleh melegakan cengkaman otot lantai pelvis ketika ejakulasi supaya pancutan air mani dapat berlaku secara normal.

Suami anda perlu mengenal pasti sama ada dia benar-benar mengalami masalah ini. Air kencingnya boleh diperiksa selepas melakukan persetubuhan dan klimaks, kemudian mengeluarkan air kencingnya untuk diperiksa sama ada wujud sperma di dalamnya.

Jika sah sperma ada di dalam air kencing dan doktor mahu mengasingkan sperma daripada air kencing, doktor boleh memberi minum air campuran soda untuk mengurangkan asid dan air kencing.

Sperma yang dapat ditapis daripada air kencing boleh diproses sebelum disalurkan ke dalam rahim melalui kaedah penyemaian mani IUI.

Memang benar,penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah ini. Doktor boleh memberi ubat untuk melegakan injap supaya ejakulasi boleh berlaku ke depan.

Jika gagal, ada pilihan lain untuk menapis sperma daripada air kencing untuk disalurkan ke dalam rahim anda ketika anda subur. Anda dan pasangan harus jumpa pakar secepat mungkin.

Waktu-Waktu Jimak Dalam Islam



Perlu diketahui adanya waktu-waktu bagi berjimak. Antara waktu-waktu yang disebutkan ialah :

1. Waktu yang ditegah (haram)

Apabila isteri dalam keadaan sedang haid, nifas atau wiladah. Haram berjimak dengan isteri pada ketika ini hingga kering darah itu dan telah mandi wajib.Haram juga melakukan jimak ketika berada dalam masjid atau ketika sedang berpuasa atau ketika dalam ihram haji. Haram juga menyetubuhi isteri melalui duburnya.

2. Waktu yang makruh

Makruh jimak dengan mengadap kiblat atau membelakangi kiblat atau ketika berdiri atau bertelanjang bulat.Pastikan jimak tidak dilakukan di hadapan anak atau boleh di lihat atau di dengari oleh anak.

3. Waktu yang sunat

Sunat memilih hari yang baik untuk jimak iaitu pada siang atau malam Jumaat atau malam Isnin dan Khamis.Sunat menunggu hingga isteri bersih dari hadas kecil dan hadas besar.Disunatkan juga membasuh kemaluan bagi sebab-sebab kebersihan dan kesihatan.

Begitulah beberapa panduan untuk memilih waktu terbaik untuk jimak. 

www.ilmuseksologi.blogspot.com

Tiada Selera Untuk Melakukan Hubungan SEKSUAL?



MENYERIKAN kebahagiaan rumah tangga adalah satu cabaran yang amat besar, lebih-lebih lagi jika pasangan suami isteri itu sudah berkahwin lebih 20 tahun.

Dalam keadaan ini,bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya pasangan terbabit sudah hilang rangsangan mengadakan hubungan kelamin,dalam bahasa mudahnya,hubungan mereka sudah mula dingin.

Boleh saja berlaku,sama ada si suami hilang ‘selera’ atau si isteri dalam keadaan sebaliknya. Apa yang penting,bagi menangani masalah ini salah seorang dari pasangan terbabit perlu mengambil inisiatif untuk memulihkan hubungan mereka.

Tidak dinafikan,menghangatkan keadaan untuk berintiman dengan pasangan bukanlah semudah yang disangka. Anda perlu pastikan, adakah pasangan anda kurang sihat? Ataupun dia letih atau tekanan (stress) ?

Semua faktor itu boleh membuatkan pasangan anda kurang minat kepada seks atau membuatkannya tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Wanita, seperti lelaki memerlukan tahap kesihatan yang sempurna untuk menikmati hubungan intim.

Jika wanita itu stress, dia tidak dapat beri tumpuan kepada hubungan intim dan dia akan layani suaminya setakat memberi kepuasan kepada suami dan bukan untuk dirinya.

Sama juga jika dia mengalami masalah kesihatan kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, masalah kolesterol tinggi, penyakit koronari dan ubat tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi, semua itu boleh mengganggu fungsi syahwatnya dan mengganggu pencapaian klimaks untuknya.

Bayangkan lelaki yang mengalami masalah kesihatan itu, dia juga akan gagal untuk mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan, wanita juga boleh mengalami masalah yang sama, tapi kegagalan untuk menghayati rangsangan atau lewat untuk mencapai rangsangan dan gagal untuk klimaks.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘mati putik’ atau ‘disfungsi seksual wanita’. Jadi cara yang baik untuk anda menangani masalah itu ialah untuk anda berbicara dengannya secara terbuka dan mencadangkannya berjumpa doktor untuk menjalani saringan kesihatan untuk mengesan masalah kesihatan supaya rawatan sewajar dapat diperoleh.

Selain itu dia perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Menjaga berat badan, mengawal makanan dan melakukan senaman secara berkala supaya daya fisikal dan stamina kukuh.

Jika dia didapati mengalami kekurangan hormon syahwat DHEA atau Testosterone, dia boleh mengamalkan suplimen yang dapat menambahkan penghasilan hormon tersebut.[Sumber : Metro]



www.pakarintim.blogspot.com

Petua Suami Isteri : Rahsia 4 Titik Sensitif Pada Tubuh Isteri







Hubungan seks berkualiti boleh sahaja diwujudkan. Mengetahui dimana kawasan-kawasan titik sensitif yang mampu merangsang pasangan menjadi salah satu triknya. Bagi isteri, cubalah lebih aktif.

Minta suami melayari kawasan sensitif yang dapat merangsang ghairah seks. Barangkali, anda tak menyedari di mana kawasan sensitif itu? Mungkin, bahagian itu berada di salah satu titik ini.

1. Kawasan di atas kemaluan

 
Pasangan boleh mencuba meneroka kawasan di atas kemaluan tempat rambut tumbuh. Pengarah Perubatan dari Pusat Pengubatan Seksual di California, Michael Krychman MD, CM,mengatakan bahawa kawasan ini dapat memberikan rasa menyenangkan pada anda jika disentuh. Untuk mendapatkan sensasi yang lebih menyenangkan, sapukan minyak botanikal yang dibuat untuk memberikan rangsangan dan efek sensitiviti. Anda tak perlu malu meminta kepada pasangan. Menurut penyelidikan di Indiana Universiti, wanita yang berfikir lebih positif ke atas tubuhnya terutama bahagian sensitif yang sangat peribadi, lebih sering mengalami orgasme.

2. Di balik lutut

 
Anda boleh kegelian jika kawasan ini disentuh. Namun, kawasan ini merupakan hot spot seksual yang hampir dilupakan. Jika disentuh dengan cara yang “betul”, bahagian ini boleh menjadi titik erotis yang mampu membangkitkan ghairah. Minta suami anda untuk mencium, memberikan urutan lembut dengan lotion, atau dengan satu gigitan lembut.

3. Perut

 
Bagi sesetengah wanita, urutan di bahagian perut dapat memberikan pengalaman erotis. Amy Levine, ahli terapi seks di New York, mengatakan bahawa dalam beberapa kes, wanita juga boleh mencapai titik kemuncak dengan senaman perut.

4. Kawasan kepala

 
Anda menikmati sensasi tertentu ketika creambath di salun, bukan? Cubalah minta suami melakukan perkara yang sama di rumah, tetapi lebih pada aktiviti seksual. Minta suami memberikan urutan lembut di kawasan tempurung otak. Kawasan ini dikelilingi saraf yang memberikan sensitiviti ketika disentuh. Beberapa pakar berkata, memberi urutan di kawasan kepala membantu melegakan ketegangan dan meningkatkan peredaran darah.

P/s : Setiap orang berbeza kan tempat ke’ghairahan’an dia kan? hehehe


www.ilmuseksologi.blogspot.com

Saiz Bukan Penentu Kepuasan


BERAPAKAH saiz zakar yang sewajarnya bagi seseorang lelaki sejati untuk memuaskan isteri apabila sudah berkahwin kelak?

INGIN TAHU
Serdang, Selangor

Anda perlu tahu bahawa saiz dan bentuk zakar ditentukan mengikut keturunan,bangsa dan baka.Zakar ialah anggota kelamin untuk melakukan hubungan seks penetratif.

Bentuk dan saiznya berubah mengikut tahap rangsangan seksual dan paling mustahak,ia cukup tegang untuk disalurkan ke dalam faraj.

Jika gagal,keadaan ini dikenali sebagai disfungsi erektil atau mati pucuk.Mengikut kajian mengenai panjang dan ukur lilit ketika zakar ereksi,purata saiz panjang antara 12 sentimeter (sm) dan 16sm manakala ukur lilit antara 8sm dan 11sm.

Tidak dinafikan sebilangan kecil lelaki memiliki saiz zakar besar secara luar biasa seperti 18sm dan ukur lilit 14sm.

Kesudahannya saiz dan bentuk zakar tidak mempengaruhi kualiti hubungan seksual antara pasangan,asalkan mereka berdua puas dengan apa yang mereka lakukan.Malah,hubungan intim seksual boleh dilakukan walaupun tiada penetrasi zakar faraj.

Bagaimanapun,sebilangan lelaki sememangnya tidak cukup puas dengan saiz dan bentuk zakar mereka serta mungkin mengalami masalah ‘body dismorphism’ yang tidak senang dengan keadaan tubuh badan tertentu,seperti saiz dan bentuk zakar.

Untuk mereka, lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan perbincangan daripada berjumpa pak karut atau mencuba apa-apa dalam laman tertentu yang boleh memudaratkan kesihatan.
Sumber : Metro

Panduan Berjimak Menurut Islam



1. Berjimak pada malam Isnin

Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa

Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya ( turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin.Mulutnya berbau harum,yang akan melembutkan hati orang,bersih lidahnya daripada mengumpat,berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis

Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit


Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat


Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah

6. Hari Jumaat selepas asar

Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal,masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir

Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan
Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Gaya Memecah Dara Malam Pertama


Sebagai pembuka tirai, malam pertama merupakan detik yang dinanti-nantikan, terutama pada pengantin lelaki. Namun, keghairahan ini mungkin tidak dikongsi bersama oleh pengantin perempuan. Perasaan segan dan takut pada kesakitan pecah dara sering menyelubungi pengantin perempuan.

Pengalaman malam pertama tidak semestinya sempurna. Namun, dengan persediaan rapi dari segi mental dan fizikal, pasangan pengantin baru akan dapat menikmati persetubuhan pertama dengan penuh kepuasan.

Cara Bersetubuh Malam Pertama – Persediaan


Banyak pasangan pengantin tidak bersedia untuk persetubuhan malam pertama. Senggama sebaik-baiknya dilakukan dalam keadaan selesa dan tidak tertekan. Jika suami atau isteri terlalu letih selepas sehari suntuk kesibukan dengan pelbagai upacara persandingan, maka pretasi dan kepuasan seks akan tergugat. Dalam keadaan demikian, kenapa tidak rehat dahulu dan tunggu sehingga keesokannya untuk memecah dara.

Jika kedua-dua pengantin baru masih bertenaga, maka persetubuhan pertama boleh dimulakan. Pastikan pintu bilik sudah terkunci dan para tetamu sudah meninggalkan rumah. Sediakan pelincir persetubuhan sebagai standby bagi mengurangkan kesakitan isteri jika faraj kekeringan.

Cara Bersetubuh Malam Pertama – Merangsang Isteri


Ransangan yang mencukupi untuk isteri amat penting untuk persetubuhan malam pertama. Apabila isteri teransang, saluran faraj akan dibasahi cecair pelincir. Ini penting untuk kemasukan zakar ke faraj dan mengurangkan kesakitan ketika pecah dara.

Ransangan kepada isteri boleh dilakukan dengan menggunakkan jari untuk meraba bibir faraj dan kelentit. Rabaan ini boleh dilakukan dengan lemah lembut supaya tidak menyakitkan isteri. Jangan cuba memasukkan jari ke dalam faraj pada peringkat ini.

Suami yang lebih adventurous boleh memberi oral seks kepada isteri dengan menguncup bibir faraj dan kelentit. Bibir dan lidah yang lembut sangat berkesan untuk merangsang pintu faraj isteri. Teruskan proses ini sehingga bukaan faraj isteri kebasahan.

Cara Bersetubuh Malam Pertama – Merangsang Suami


Pengantin Perempuan pula boleh meraba dan melancap zakar suami untuk merangsang suami. Biasanya, rangsangan visual dari badan bogel isteri sudah cukup untuk merangsang suami pada malam pertama. Bagaimanapun, ada juga kemungkinan zakar suami tidak tegang pada malam pertama kerana nervous dan terlampau cemas. Jika itu berlaku, cubalah meraba zakar suami dan melancap untuk suami. Si suami harus berhati hati dan memberitahu si isteri untuk berhenti melancap zakar jika terasa ingin memancut. Jangan sampai pula terpancut sebelum persetubuhan dimulakan.

Cara Bersetubuh – Posisi Seks


Mungkin kedengaran aneh, tetapi cara bersetubuh yang paling baik bagi malam pertama ialah posisi duduk berpelukan. Posisi seks ini amat intim dan boleh mengurangkan kesakitan pengantin perempuan.

Cara bersetubuh ini bermula dengan suami duduk di atas katil. Isteri pula melutut duduk di atas paha suami sambil melutut. Dalam posisi seks ini, kedua-dua pasangan boleh berpelukan dan bercumbu-cumbuan.

Apabila bersedia, suami boleh mengangkat punggung isteri untuk menyarungkan lubang faraj ke zakar. Dengan perlahan lahan, si isteri boleh menekan bibir faraj ke atas zakar. Kelebihan cara bersetubuh ini ialah si isteri dapat mengawal kemasukan zakar bagi mengurangkan kesakitan semasa pecah dara.

Pada masa sama, suami pula boleh menolak punggung isteri ke bawah untuk menggalakkan kemasukan. Apabila selaput dara sudah pecah, si isteri masih dapat mengawal rentak dan tusukan zakar mengikut keselesaannya.

Cara Bersetubuh Malam Pertama

Demikianlah cara bersetubuh malam pertama. Banyak debaran, banyak penantian dan banyak yang mungkin tidak sempurna. Jangan khuatir, seperti mana skil yang lain, cara bersetubuh boleh diperbaiki dan diperlajari dari pengalaman. Nikmat dan kepuasan seks penting untuk kebahagiaan perkahwinan. Lebih banyak cara bersetubuh akan disajikan di blog ini untuk tatapan dan rujukan para pembaca. Bookmark laman ini dan keraplah kembali ke sini.


www.ilmuseksologi.blogspot.com

6 Cara Pikat Suami Supaya Terus Sayang


Rutin dan amalan ketika bercinta-cinta dulu haruslah kita kekalkan sehingga telahpun berkahwin. Ini dapat menjamin hubungan saling kasih-mengasihi agar ia terus mekar berbunga hingga ke akhir hayat korang berdua.

Berikut dikongsikan bersama kalian 6 cara yang berkesan dan mudah untuk kalian amalkan sebagai seorang isteri.

Cara 1: Lakukan aktiviti kegemarannya bersama

Mungkin anda berdua mempunyai minat dan hobi yang berlainan.Tidak perlu pada setiap masa atau mengambil masa yang lama. Cuba lakukan aktiviti kegemaran suami anda bersama-sama bagi mewujudkan satu suasana yang harmoni diantara anda berdua.
Perkara ini juga dapat menunjukkan bahawa anda seorang isteri yang mengambil berat dan prihatin terhadap perasaan dan gaya hidup suami tercinta anda.

Cara 2: “Ikat dan tambat” perut dia

Anda perlu tambat perut suami anda dengan masakan. Tak perlu anda menjadi seperti chef yang berkerja di hotel 5 bintang. Cukup sekadar anda masak makanan di rumah dengan air tangan anda sendiri. Yang penting, ianya boleh membuatkan suami anda terus berselera dan kenyang makan masakan anda di rumah. Ini mampu menambahkan lagi rasa sayang suami anda kepada anda. Mereka akan menghargai pengorbanan anda dalam memastikan diri mereka sentiasa kenyang.

Tak pandai memasak? Usah risau, laburkan wang anda untuk menghadiri kursus masakan yang sekarang banyak boleh didapati bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ di kawasan rumah anda tu atau di pusat-pusat bandar.

Cara 3: Luahkan kata-kata cinta

Jangan berat mulut untuk anda yang memulakan lafaz kata-kata cinta seperti “I love you”, “Saya sayang awak” dan sebagainya. Amalan ini patut anda teruskan walaupun anda sudah berkahwin. Kata-kata ini juga haruslah ikhlas dari hati dan pastikan anda luahkan pada waktu-waktu yang sesuai ye.
 
 Cara 4: Pujuk dengan sepenuh hati anda

Hubungan suami-isteri tidak akan lari daripada perselisihan faham. Jika anda berdua terlibat dengan pergaduhan, cuba untuk pujuk semula suami anda. Jika selama ini anda memang suka dipujuk, apa kata sekali-sekala anda pula yang pujuk dia. Pasti suami anda akan “cair” dengan anda.

Cara 5: Gunakan panggilan manja

Bila anda dah berumahtangga, anda boleh panggil diantara satu sama lain dengan panggilan yang lebih manja bagi mengeratkan lagi ikatan kasih sayang anda. Anda boleh panggil dia baby, sayang, honey, papa atau bucuk. Ini boleh membezakan tahap hubungan anda berbanding hanya sepasang kekasih ketika bercinta.
 
Cara 6: Ringan-ringankan tangan untuk mengurut dia

Setelah suami anda pulang dari tempat kerja, anda boleh tawarkan diri untuk mengurut-urut dia. Ini boleh melegakan rasa letih dan tekanan suami anda dipejabat. Urut lah dengan penuh kelembutan. Kemudian, bolehlah anda berdua teruskan aksi yang seterusnya di dalam kamar beradu anda.

www.pakarintim.blogspot.com

Cara Pakai Kondom


1. Pasanglah kondom secara perlahan-lahan saat zakar sudah berereksi,sebelum penis menyentuh daerah vagina pasangan.Pemasangan harus menyelubungi penis sampai ke pangkal.

2. Jika kondom yang digunakan tidak mempunyai ruang penampung di hujungnya, tariklah sekitar satu sentimeter agar air mani tertampung di sana.Hindari juga udara tersimpan dalam ruang kosong ini agar kondomnya tidak pecah.

3. Supaya kegiatan bercinta terasa lebih enak,sapukankan sedikit pelincir berupa air di hujung kondom sebelum memasangnya.

4. Pegang cincin kondom, lalu selimuti hingga ke hujung zakar.Apabila Anda belum disunat,tarik kulup penis ke pangkal penis sebelum kondom terpasang.

5. Bila kondom tersebut dirasakan bocor,hentikan kegiatan seks anda segera.Tarik penis dan ganti dengan kondom yang baru.Selepas ejakulasi,cepat tarik penis sebelum "layu" supaya air mani tidak tumpah. Lakukan dengan mencepit pangkal kondom agar tidak tertinggal di vagina kerana kelicinannya.

6. Kemudian bungkuslah kondom dengan tisu dan buang ke tempat sampah.Cuci tangan bersih-bersih

7. Jangan sesekali mencuci kondom dan menggunakannya kembali.Ingat, kondom hanya untuk digunakan sekali pakai sahaja

www.pakarintim.blogspot.com

Risau Air Mani Tiada Sperma




SAYA berusia 33 tahun dan sudah berkahwin beberapa tahun lalu.Sehingga kini saya masih belum dikurniakan anak.

Baru-baru ini saya bersama isteri menjalani pemeriksaan kesuburan.Isteri saya mempunyai tahap kesuburan normal, bagaimanapun doktor mendapati air mani saya tidak mengandungi sperma.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?Bolehkah doktor cadangkan cara lain bagi kami untuk mendapatkan zuriat sendiri?

APABILA berkahwin, perkara mendapatkan zuriat sememangnya menjadi agenda utama.Selagi isteri belum hamil,sudah tentu dua pihak rasa tertekan terutama si isteri yang menjadi tumpuan dalam penghasilan zuriat.

Sehubungan itu,daripada menunggu dengan penuh tanda tanya adalah lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.

Bagi suami, doktor akan menjalankan ujian air mani dan isteri perlu menjalani ujian kemampuan menghasilkan telur dan pengenalan mengenai kedudukan rahim serta salur telur sama ada tersumbat atau bermasalah.

Jika ujian air mani tidak menunjukkan sperma, istilah perubatan yang digunakan ialah ‘Azoospermia’. Ujian air mani perlu diulangi beberapa minggu dan jika sudah melakukan sekurang-kurangnya tiga kali tetapi keputusannya masih sama,ia terbukti sperma memang tiada.

Sehubungan itu,ujian susulan perlu dilakukan kepada suami untuk mengenal pasti sebab ia berlaku dan memberi rawatan sewajarnya.

Selain ujian air mani,pemeriksaan perlu dilakukan kepada buah zakar untuk mengenal pasti isi padunya ( mengukur buah zakar dengan alat pengukur Orkidometer ) dan meneliti sama ada terdapat apa yang luar biasa seperti kebenjolan,angin atau air pasang atau varikosel ( pembuluh darah ven bepintal ).

Selain pemeriksaan,ujian hormon untuk mengenal pasti tahap hormon kesuburan dan testosteron dijalankan untuk mengetahui sekiranya ada kekurangan atau peningkatan.

Jika tahap hormon tinggi bermakna ada kerosakan pada kilang buah zakar. Mungkin sebagai cara terakhir, pembedahan kecil perlu dilakukan pada kedua-dua buah zakar untuk mengambil secebis tisu buah zakar. Ia bertujuan untuk mengkaji tisu bagi meneliti kilang sperma kedua-dua buah zakar sama ada bermasalah atau sebaliknya.

Rawatan sewajarnya akan diberikan jika masalah sebenar dikenali.Jika situasi menjadi buntu, kemungkinan pasangan kelamin itu boleh mengambil anak angkat.

www.panduansuamisteri.blogspot.com


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUS MEMBACA...


Powered By IMuslimNetwork
Klik Support us!